Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

05 October, 2009

JPAM berjaya capai sasaran - Othman

By Rosita Apong RTM Sri Aman

SRI AMAN, Isnin (5 Okt) - Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Sarawak telah berjaya mencapai sasaran pengambilan seramai 1,500 orang anggota sukarela bagi tahun ini dan jumlah yang sama turut disasarkan bagi pengambilan tahun hadapan.

Pengarah JPAM Sarawak, Kolonel (Pertahanan Awam) Haji Che Othman Hussin berkata Sarawak adalah antara negeri yang diletakkan dalam kategori "A" bagi pengambilan wajib seramai 1,500 orang anggota.

“Ia jumlah pengambilan wajib memandangkan Sarawaj mempunyai kawasan yang luas. Jumlah anggota yang ramai perlu bagi memenuhi keperluan di satu-satu kawasan terutama sekali ketika berlakunya bencana dan hal kecemasan,” menurut beliau.

Beliau memberitahu pemberita sebaik sahaja selesai Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri 2009 Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Daerah Sri Aman bertempat di perkarangan Tempat Letak Kereta Wisma Persekutuan Kejatau di sini malam tadi.

Selain itu Othman juga turut meletakkan harapan agar lebih ramai individu dari golongan bukan Bumiputera menyertai JPAM dengan sekurang-kurangnya 10 peratus dari keseluruhan anggotanya.

“Bagaimanapun Sarawak sehingga kini masih belum dapat mencapai kuota yang ditetapkan itu,” katanya.

Hadir sama pada majlis berkenaan, Residen Bahagian Sri Aman, Abang Shamshuddin Abang Seruji, Pegawai Tadbir Sosial di Pejabat Residen Bahagian Sri Aman, Zaidi Haji Sarkawi, Pegawai Pertahanan Awam Unit Sri Aman, Nurfikry Usop, para ketua jabatan serta ahli JPAM Unit Sri Aman dan Betong.

Majlis yang bermula pada jam 8 malam itu turut dimeriahkan dengan majlis makan malam, cabutan tiket bertuah dan persembahan lagu-lagu hari raya. Tamat.

No comments:

Post a Comment