Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

12 October, 2009

Imigresen lubok antu lancar kempen gotong royong







Caption:

1. UNTUK ALBUM...Azharudin (depan kanan) merakamkan gambar kenang-kenangan bersama kakitangan pejabat Imigresen Lubok Antu dan penduduk Krangan Mong ketika berlangsungnya kempen itu kelmarin.

2. JAMU SELERA...Azharudin (kanan) bersama Naga (belakang beliau) sedang mempelawa penduduk rumah panjang untuk menikmati jamuan makan tengahari di situ ketika berlangsungnya kempen tersebut.

LUBOK ANTU, Isnin (12 Okt) – Kempen Gotong-Royong membersihkan kawasan Pejabat Imigresen Lubok Antu telah dimeriahkan lagi dengan sumbangan tenaga kerja oleh 20 orang penduduk dari Rumah Puso, Krangan Mong, Lubok Antu kelmarin.

Sambil diketuai oleh Jau Jagit, kesemua 20 orang penghuni rumah panjang berkenaan turun padang bagi membantu enam orang kakitangan Pejabat Imigresen Lubok Antu menerusi kempen gotong-royong yang bermula seawal jam 9 pagi.

Ketua Pejabat Imigresen Lubok Antu, Azharudin bin Maliki ketika ditemui berkata tujuan utama kempen gotong-royong ini diadakan adalah untuk mewujudkan semangat kekitaan di antara kakitangan imigresen dan penduduk rumah panjang dalam daerah ini.

“Menerusi semangat kekitaan, pihak Imigresen Lubok Antu secara tidak langsung dapat mewujudkan hubungan kerjasama dengan penduduk rumah panjang di sini.


“Ini memudahkan pihak Imigresen melaksanakan tugas di kawasan Lubok Antu hasil kerjasama penduduk rumah panjang di sini selepas ini,” menurut beliau sambil menambah bahawa idea kempen tersebut diutarakan oleh kakitangan barunya iaitu Nelson Naga Alam.


Hadir sama dalam Kempen Gotong-Royong ini ialah kakitangan Pejabat Imigresen Lubok Antu iaitu Nelson Naga Alam, Veronica Mamba, Jembo Kho, Patrick Jawan dan Ellisa Randi

Terdahulu Kempen Gotong-Royong membersihkan kawasan Pejabat Imigresen Lubok Antu yang telah berakhir pada jam 2 petang itu turut diselitkan dengan acara beramah mesra diikuti dengan jamuan makan tengahari.

Menerusi kempen itu penduduk rumah panjang Krangan Mong turut mengucapkan selamat datang kepada Azharudin dan juga Naga Alam yang baru memulakan tugasnya di Pejabat Imigresen Lubok Antu.

Tamat.




2 comments: