Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

17 October, 2009

Ekploitasi peluang kerja di semenanjung kata Uggah

BETONG, Sabtu (17 Okt) – Penduduk Sarawak digalakkan untuk meneroka peluang pekerjaan di Semenanjung Malaysia bagi mengisi kekosongan kerja di negeri berkenaan demikian menurut Menteri Sumber asli dan Alam Sekitar, Datuk Douglas Uggah anak Embas.

Menurut beliau peluang mencari pekerjaan tidak hanya terhad di negeri ini memandangkan negeri-negeri di Semenanjung Malaysia juga turut menawarkan peluang pekerjaan yang tinggi termasuk dalam industri perkilangan dan sebagainya.

“Lagipun tambang pengangkutan udara dari Sarawak ke Semenanjung Malaysia yang ditawarkan oleh syarikat penerbangan udara seperti Airsia sebelum ini juga kini semakin murah.

“Justeru tidak salah sekiranya penduduk Sarawak memanfaatkan peluang terbabit untuk mencari pekerjaan di Semenanjung Malaysia daripada menunggu peluang kerja kosong di sini,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Betong berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Jubli perak dan Majlis Penyampaian Sijil dan Hadiah Ke-25 yang dirasmikan oleh Timbalan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu anak Numpang bertempat di Dewan Sri Kenanga, Sekolah Menengah Teknik (SMT) Betong hari ini.

Selain itu Uggah juga mengalakkan para pelajar di negeri ini untuk menyambung pelajaran ke sekolah vokasional bagi mengisi peluang pekerjaan yang berkaitan dengan bidang kemahiran teknik selepas ini.

Malaysia pada masa kini menurut beliau ternyata mengalami kekurangan tenaga kerja tempatan dan ia terbukti menerusi kehadiran dua juta pekerja asing dalam negara ini menerusi statistik yang dikeluarkan tahun 2008.

“Rata-rata kerja kosong yang melibatkan kemahiran teknik di negara ini telah diisi oleh pekerja kerana ketiadaan tenaga kerja tempatan. Justeru diharap agar ibubapa mengalakkan anak-anak menyambung pelajaran ke sekolah vokasional bagi mengisi kerja kosong yang membabitkan kemahiran teknik di masa akan datang,” katanya.

Hadir sama ialah Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Saban, Robert Lawson Chuat, Timbalan Pengarah Bahagian Teknik dan Vokasional Sarawak, Haji Zakaria Mohd Noor, Pengetua SMT Betong, Ng Fook Yin, Timbalan Residen Betong, Haji Pathii Kerni dan para pegawai kerajaan dalam daerah ini.

Uggah pada majlis itu telah mengumumkan peruntukan bagi tahun 2010 bernilai RM10,000 kepada Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) SMT Betong.

Tamat.

No comments:

Post a Comment