Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

06 October, 2009

Dari Sarawak Update.com - Parti Pakatan Rakyat Malaysia mahu ditubuh di Sarawak?

SRI AMAN, Rabu (7 Okt) – Laman web sarawakupdate.com telah menyiarkan spekulasi terbaru mengenai kemungkinan penubuhan parti politik terbaru di Sarawak yang dikenali sebagai sebagai Parti Pakatan Rakyat Malaysia.

Menurut laman web berkenaan, spekulasi yang kini sedang hebat memperkatakan bahawa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ngemah, Gabriel Adit Demong, 58, bakal menerajui parti baru ini nanti.

“Beliau (Adit) yang kini menyertai Parti keAdilan Rakyat (PKR) setelah gagal mendapat tempat dalam Barisan Nasional (BN) hebat diperkatakan bakal menerajui kepimpinan parti baru itu selepas ini,” menurut laman web berkenaan.

Bagaimanapun Adit gagal dihubungi oleh sarawakupdate bagi mendapatkan ulasan lanjut berhubung spekulasi berkenaan disamping tidak membalas sebarang Sistem Pesanan Ringkas (SMS) yang dikirimkan oleh laman web terbabit.

Selain itu sumber terakhir menurut laman web berkenaan juga melaporkan bahawa Parti Pakatan Rakyat Malaysia ini akan dilancarkan penubuhannya di Seri Rejang, Sibu pada 15 Oktober nanti.

Laman web itu turut melaporkan bahawa pemimpin tertinggi PKR mensyaki bahawa ‘orang kuat’ BN iaitu Datuk Seri Kiong Sing atau tokoh korporat iaitu Datuk Sng Chee Hua bakal menaja sumber kewangan parti berkenaan.

“Pihak dalaman Sng bagaimanapun menafikan pembabitannya dalam parti terbabit manakala Datuk Seri Kiong pula masih belum dapat dihubungi berhubung spekulasi berkenaan sehingga sekarang,” kata laman berkenaan.

Tamat.

No comments:

Post a Comment