Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

04 October, 2009

Beri peluang kepada yang tewas untuk berkhidmat semula - wan junaidi


Caption: KENANGAN...Betty sedang menyarungkan tag ketua cawangan di leher Wan Junaidi sambil disaksikan oleh Cr Mustafa (baju putih) ketika berlangsungnya majlis hari ini.

SRI AMAN, Ahad (4 okt) – Ahli Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang tewas dalam pertandingan merebut jawatan dalam parti perlu diberi peluang untuk berkhidmat semula dalam jawatankuasa parti terbabit (PBB).

Ahli Majlis Tertinggi PBB, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengutarakan cadangan ini ketika bercakap pada sidang media sebaik sahaja selesai merasmikan Majlis Mesyuarat Perwakilan Cawangan Tiga Tahun Sekali PBB N.27 Simanggang di Bilik Mesyuarat, Majlis Daerah Sri Aman hari ini.

Menurut beliau setiap ahli PBB yang tewas perlu diberi peluang untuk berkhidmat dalam jawatankuasa parti memandangkan mereka telah menunjukkan minat untuk bekerja terhadap parti selama ini.

“Mereka yang tewas dalam pertandingan boleh diberi peluang untuk berkhidmat dalam jawatankuasa parti misalannya bagi peringkat cawangan PBB golongan itu boleh dilantik untuk memegang jawatan setiausaha, bendahari, timbalan setiausaha kehormat dan ketua penerangan.

“Kemampuan mereka tewas dalam pertandingan namun telah menunjukkan minat untuk bekerja kepada PBB boleh dinilai ketika mereka diberi peluang untuk memegang jawatan berkenaan,” menurut beliau yang juga kini merupakan Ahli Parlimen Santubong merangkap Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Selain itu Wan Junaidi juga berpendapat bahawa ahli yang dilantik untuk memegang sesebuah jawatan dalam parti kurang menunjukkan kesungguhan ketika bekerja berbanding individu yang pernah tewas namun diberi peluang untuk memegang jawatan tersebut.

“Cadangan ini saya tujukan kepada semua cawangan PBB dalam negeri ini. Moga-moga cadangan saya ini kelak dapat dijadikan sebagai pendekatan baru PBB dalam memperjuangkan kebajikan hidup rakyat di negeri ini,” katanya.

Beliau yang dipilih semua untuk memegang jawatan Ketua cawangan PBB N.27 Simanggang bagi penggal 2009 hingga 2012 pada mesyuarat itu telah mengemukakan usul agar jawatan Presiden, Timbalan Presiden dan Naib Yang Dipertua Kanan dalam PBB tidak dipertandingkan pada mesyuarat agong akan datang.

Hadir sama ialah Timbalan Ketua cawangan PBB N.27 Simanggang (penggal 2006-2009), Tr Dio Serit, Ketua Pergerakan Pemudanya (penggal 2006-2009), Kanselor Mostafa Haji Tugo, Ketua Pergerakan Wanitanya (penggal 2006-2009), Betty Manca (penggal 2006-2009) dan penyelaras program, Suhaili Abu Sammy.


Tamat.






No comments:

Post a Comment