Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

12 October, 2009

Azimatkan konsep 1Malaysia - Simoi

SRI AMAN, Selasa (13 Okt) – Rakyat berbilang kaum dalam daerah ini diseru untuk menjadikan konsep 1Malaysia sebagai ‘azimat atau mantera’ dalam diri masing-masing selepas ini demikian menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Hajah Simoi binti Haji Peri.

Menurut beliau menjadikan 1Malaysia sebagai mantera dalam diri boleh mengukuhkan lagi hubungan perpaduan di antara rakyat berbilang kaum dalam negeri ini khususnya di Sri Aman untuk sepanjang masa.

“Menerusi hubungan perpaduan yang utuh, negeri Sarawak akan dapat maju hasil daripada perlaksanaan projek pembangunan yang berterusan daripada pihak kerajaan dari masa ke semasa.

“Lagipun rakyat perlu bersiap sedia untuk menghadapi gelombang ke-2 politik pembangunan di negeri ini. Justeru adalah lebih baik sekiranya diamalkan konsep 1Malaysia sebagai mantera dalam diri kita mulai sekarang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Peringkat Bahagian Sri Aman bertempat di Dewan Suarah Sri Aman yang dirasmikan oleh Ketua Menteri, Pehin Sri Haji Abdul Taib bin Mahmud hari ini.

Selain itu pengistyiharaan Sarawak sebagai negeri contoh di Malaysia dari segi ikatan perpaduannya oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini juga harus menjadi kebanggan rakyat berbilang kaum dalam negeri ini.

“Ini merupakan hasil kebijaksanaan pemimpin negeri kita iaitu Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud dalam mengubah wajah pembangunan di Sarawak ke tahap yang lebih maju menerusi resipi politik pembangunannya sebelum ini.

“Maka diharapkan agar keamanan dan kesejahteraan hidup rakyat di negeri ini terus berkekalan demi masa depan pembangunan negeri Sarawak selepas ini,” katanya.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu anak Numpang, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Hajah Rohani Abdul Karim, Pengerusi pengelola majlis merangkap ADUN Lingga, Hajah Simoi Haji Peri, para wakil rakyat Barisan Nasional dan pegawai kerajaan di sini.

Tamat.

No comments:

Post a Comment