Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

15 October, 2009

7 pasukan mara ke suku akhir pertandingan dart sri aman


Caption: BERSAING...Para peserta sedang menikam dart masing-masing ketika berlangsungnya saingan di Rumah MAKSAK Sri Aman malam tadi.

SRI AMAN, Khamis (15 Okt) – Sejumlah tujuh buah pasukan telah mengesahkan tiket ke perlawanan peringkat suku akhir Pertandingan Dart Terbuka Berpasangan 2009 anjuran Rumah Majlis Kebajikan dan Sukan Kerajaan Sarawak (MAKSAK) Sri Aman malam tadi.

Kesemua tujuh yang berjaya menempah tiket ke perlawanan peringkat suku akhir yang bakal berlangsung di Rumah MAKSAK Sri Aman, Jalan Kolam Air ini ialah pasukan BD, C-T, Rubber, LANDAS B, Gaban, LANDAS A dan SESCO.

Bagaimanapun dua buah lagi pasukan iaitu MW (Erwin Morgan) dan Me Nu dari Kumpulan A akan berentap dalam perlawanan pusingan petang ini bagi mengisi slot kedudukan naib juara dalam kumpulan yang mana juara kumpulan itu telah disandang oleh pasukan BD.

“Kecuali bagi pasukan MW dan Me Nu, kesemua tujuh buah pasukan iaitu BD, C-T, Rubber, LANDAS B, Gaban, LANDAS A dan SESCO bakal menentukan nasib masing-masing untuk mara ke peringkat perlawanan separuh akhir malam ini (15 Oktober).

“Juara Pertandingan Dart Terbuka Berpasangan 2009 bakal ditentukan menerusi perlawanan peringkat akhir yang dijangka akan berlangsung di Rumah MAKSAK Sri Aman sebelum jam 11 malam ini,” kata jurucakap penganjur.

Terdahulu pasukan BD telah menempah tiket ke perlawanan peringkat suku akhir pertandingan tersebut setelah muncul sebagai juara Kumpulan A menerusi menang tanpa kalah dalam menewaskan pasukan Me Nu dan MW pada perlawanan pusingan malam tadi.

Manakala itu pasukan C-T dan Rubber menempah tiket ke perlawanan peringkat suku akhir pertandingan ini setelah muncul sebagai juara dan naib juara bagi Kumpulan B.

Kemaraan juara Kumpulan C iaitu pasukan LANDAS B ke perlawanan peringkat suku akhir malam ini akan diiringi oleh pasukan naib juara iaitu Gaban.

Manakala pasukan LANDAS A dan SESCO pula mara ke peringkat suku akhir pertandingan ini setelah berjaya memperoleh kedudukan juara dan naib juara Kumpulan D.

Tamat.

No comments:

Post a Comment