Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

10 October, 2009

50 kanak-kanak Tadika lawat IPD Betong


Caption: UNTUK ALBUM...Para kanak-kanak Tadika sedang merakamkan gambar kenang-kenangan bersama para guru pengiring masing-masing ketika berlangsungnya lawatan di IPD Betong kelmarin.

BETONG, Sabtu (10 Okt) – Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Betong telah menerima kunjungan seramai 50 orang kanak-kanak daripada tiga buah tadika dalam kawasan Betong kelmarin.

Tiga buah tadika dalam kawasan Betong yang mengadakan kunjungan ke IPD Betong kelmarin adalah Tadika Saint Augustine, Tadika Kampung Tengah dan Taska Kampung Masjid.

Guru penyelaras program lawatan berkenaan iaitu Roziana binti Zulkifli berkata tujuan utama program lawatan ini diadakan adalah untuk mendedahkan fungsi dan peranan Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam masyarakat kepada kanak-kanak terbabit.

“Kanak-kanak perlu didedahkan tentang fungsi polis terhadap keselamatan hidup masyarakat pada peringkat awal usia mereka.

“Justeru dengan adanya program lawatan seumpama ini pihak kami berharap agar kanak-kanak akan lebih faham bagaimana pasukan polis berfungsi dalam membentaras kes jenayah dan mengawal keselamatan hidup masyarakat dalam negara ini,” menurutnya.

Terdahulu kesemua 50 orang kanak-kanak yang mengambil bahagian dalam program ini telah dibawa untuk melihat pameran cawangan trafik, persenjataan, jenayah dan bilik operasi polis IPD Betong.

Program lawatan itu telah mendapat kerjasama daripada Ketua Polis Daerah Betong, Deputi Superitenden Police (DSP) Mohd Bukhari Saffai dan warga IPD Betong itu sendiri.

Tamat.


No comments:

Post a Comment