Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

13 September, 2009

Tiga kereta, 1 motorsikal terlibat dalam kemalangan.


Caption: TERUK...Kenderaan yang dipandu oleh seorang guru kelihatan teruk sebaik sahaja berlaku kemalangan di sini malam tadi.

SRI AMAN, Isnin (14 Sept) – Tiga buah kereta dan sebuah motorsikal terlibat dalam kemalangan jalan raya yang berlaku di kilometer 2, Jalan Sri Aman / Kuching sekitar jam 8.20 malam tadi.

Sumber dari tempat kejadian memberitahu bahawa peristiwa bermula apabila seorang lelaki sedang memandu kenderaan Protonnya keluar dari bandar Sri Aman pada malam tadi.

“Kebetulan pada masa sebelum berlakunya kejadian itu sebuah kenderaan yang dipandu oleh seorang guru sedang dalam perjalanan menuju pulang ke arah bandar Sri Aman dari arah kawasan Temudok.

“Tanpa sebab yang diketahui lelaki yang memandu kenderaan Proton terbabit kemudiannya dipercayai memasuki laluan jalan guru berkenaan sehingga berlaku pelanggaran,” kata sumber di tempat kejadian ketika ditemui malam tadi.

Disebabkan oleh pelanggaran tersebut, kenderaan yang dipandu oleh guru tersebut kemudiannya terbabas ke arah lorong pemanduan lelaki yang telah melanggar kenderaannya sebelum ini.

Keadaan terbabit kemudiannya menyebabkan sebuah kenderaan Proton yang kebetulan dalam perjalanan keluar dari bandar Sri Aman gagal memperlahankan kenderaan lalu terus melanggar kenderaan guru terbabit.

Manakala kenderaan yang dipandu oleh lelaki sebelumnya pula melanggar sebuah motorsikal yang kebetulan sedang menuju ke bandar Sri Aman sebaik sahaja berlaku pelanggaran dengan kenderaan guru terbabit.

Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku dalam kemalangan tersebut dan pihak polis tiba lima kemudian untuk mengawal kesesakan lalulintas yang berlaku akibta kejadian tersebut.

Lelaki yang dipercayai menjadi punca kepada kejadian kemalangan itu kemudiannya menawarkan pertolongan untuk memperbaiki semula kenderaan milik guru terbabit di bengkel yang berdekatan.

Tamat.







No comments:

Post a Comment