Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

10 September, 2009

Tauke Kwang happy dapat kaki palsu dari HUS


Caption: BIONIC MAN...Kwang sedang menunjukkan kaki palsu yang telah diterimanya daripada pihak HUS pada hari ini.

Pix n fact by ZULIA HAJI JEMAT

SRI AMAN, Khamis (10 Sept) – Seorang pengidap penyakit Kencing Manis atau Diabetes di bandar ini melahirkan rasa gembira setelah menerima bantuan berupa kaki palsu hasil sumbangan pihak Hospital Umum Sarawak (HUS) hari ini.

Lee Chong Kwang, 65, dari Kampung Sabu, Sri Aman, sebelum ini berjalan menggunakan tongkat apabila kaki kirinya dipotong sehingga ke paras lutut pada bulan Jun 2008 berhubung penyakit Diabetes yang dihidapi oleh beliau lebih enam tahun lalu.

“Saya kemudiannya mengemukakan permohonan untuk mendapatkan sebuah kaki palsu kepada pihak HUS setelah kaki kiri saya dipotong berhubung penyakit Diabetes yang saya hidapi sebelum ini.

“Hari yang saya nanti akhirnya telah tiba apabila kakitangan HUS datang berjumpa dengan saya sendiri untuk menyampaikan kaki palsu yang dipercayai bernilai lebih RM5,000 itu pada hari,” menurut beliau ketika ditemui Utusan Sarawak.

Kwang yang kini mengusahakan warung kopi di Jalan Hospital bersama isterinya Tay Chun Lan, 60, telah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan terhadap pihak HUS berhubung sumbangan kaki palsu ini walaupun terpaksa menantinya selama setahun.

Dengan adanya sumbangan kaki palsu ini, beliau menambah bahawa tidak perlu lagi menggunakan tongkat untuk menaiki tangga pulang ke rumah di atas premis warung kopinya mulai hari ini.

“Adakalanya isteri saya akan datang membantu untuk memapah saya menaiki tangga di atas warung kopi milik keluarga kami ini. Namun mujurlah kaki palsu ini sudah ada kerana saya tidak perlu bersusah payah lagi untuk berjalan selepas ini,” katanya.

Tamat.

No comments:

Post a Comment