Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

09 September, 2009

Stok gula cukup - Esmanto


Mugshot handsome man : WAN ROSLAN ESMANTO

SRI AMAN, Rabu (9 Sept) – Stok gula bagi kawasan Sri Aman hingga ke Saratok masih mencukupi buat masa sekarang demikian menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Bahagian Sri Aman, Wan Roslan Esmanto Wan Johari.

Menurut beliau stok semasa gula bagi kawasan Sri Aman hingga Saratok sebelum ini berada pada paras 19.78 tan metrik dan jumlah stok ini dijangka meningkat menerusi penghantaran bekalan gula dari Kuching dan Sibu semalam.

“Syarikat Lian Yii, Sri Aman misalannya telah menerima penghantaran stok gula sebanyak 3.36 tan metrik kelmarin dari Kuching dan menjadikan jumlah semasa stok bekalan terbabit meningkat kepada 23.14 tan metrik semalam.

“Justeru tiada sebab bagi penduduk bagi kawasan Sri Aman hingga Saratok berasa gusar berhubung isu kekurangan bekalan terbabit memandangkan jumlah stok gula di sini masih mencukupi berdasarkan kepada jumlah stok semasa terbabit,” katanya ketika berlangsung sidang media di sini semalam.

Selain itu pihak KPDNKK bahagian Sri Aman katanya juga belum menerima sebarang rungutan berhubung kekurangan bekalan gula dalam kawasan Sri Aman hingga ke Saratok.

“Lagipun pihak kami juga belum membuat sebarang tangkapan terhadap mana-mana peniaga yang bertindak menyimpan stok bekalan gula masing-masing sehingga ke masa sekarang.

“Jadi nasihat saya ialah agar penduduk terutama di bandar Sri Aman agar tidak membeli gula secara panik memandangkan bekalan gula sentiasa mencukupi dalam bandar ini buat masa sekarang,” katanya.

Roslan juga menambah bahawa syarikat Teck Hua dari Sibu akan menghantar bekalan gula ke Saratok manakala syarikat Everise, Chop Tai Khung dan Lian Yii pula akan sentiasa mendapat bekalan terbabit dari Kuching.

Tamat.

No comments:

Post a Comment