Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

06 September, 2009

RPR Sri Aman agih Bubur Lambuk secara berkupon

Caption: TERIMALAH...Yusli (kanan) sedang menyampaikan bungkusan bubur lambuk kepada seorang penduduk sambil disaksikan oleh tetamu khas yang lain ketika berlangsungnya program semalam.

Foto:ZULIA HAJI JEMAT

SRI AMAN, Ahad (6 Sept) – Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Rancangan Perumahan Rakyat (RPR) Sri Aman telah mengagihkan sejumlah 350 bungkus bubur lambuk secara berkupon kepada penduduk dalam bandar ini semalam.

Pengerusi KRT RPR Sri Aman, Suhaili Haji Abang Abu Samy ketika ditemui berkata usaha menghasil dan mengagihkan bubur lambuk terbabit mendapat kerjasama daripada pihak Jawatankuasa Surau An-Nur, RPR Sri Aman.

“Tujuan utamanya adalah untuk memeriahkan suasana sambutan bulan Ramadhan dalam bandar ini dimana kesemua bubur berkenaan diedar kepada penduduk dari RPR Sri Aman, Kampung Muhibbah dan lain-lain kampung atau perumahan yang berdekatan.

“Bubur lambuk ini bukan sahaja dinikmati oleh penduduk Islam malah turut dirasai oleh penduduk berbilang kaum dan agama dari kawasan berkenaan,” katanya kepada Utusan Sarawak semalam.

Selain itu program pengagihan bubur lambuk menurut beliau telah dijayakan lagi menerusi sumbangan sebanyak 100 kilogram beras daripada Jabatan Pengurusan Skim Padi Beras National Berhad (BERNAS) cawangan Sri Aman.

Kesemua 100 kilogram beras ini telah disampaikan oleh Pegawai Eksekutif BERNAS cawangan Sri Aman iaitu Douglas Julai Abong kepada Pengerusi Jawatankuasa Surau An-Nur iaitu Saharie Haji Abdul Rahim menerusi majlis yang berlangsung sebelum ini.

“Pihak kami menggunakan sekurang-kurangnya 40 kilogram beras untuk membuat bubur lambuk semalam dan selebihnya nanti akan digunakan bagi tujuan penganjuran lain-lain program sepanjang bulan ini nanti,” menurut beliau.


Terdahulu Pegawai Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Bahagian Sri Aman, Mohamad Yusli Nassir telah menyempurnakan majlis pengagihan bubur lambuk di perkarangan Surau An-Nur RPR Sri Aman.


Hadir sama pada majlis penyerahan bungkusan bubur berkenaan ialah Pegawai Eksekutif BERNAS Cawangan Sri Aman, Douglas Julai Abong, Pengerusi KRT Stawang, Khamis Sita Wasli, Timbalan Pengerusi KRT Kejatau, Paul Lu serta ketua kaum yang lain. Tamat.


No comments:

Post a Comment