Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

03 September, 2009

RM59,000 disumbang kepada mendiang anggota PGA Temudok




Caption: KENANGAN...ASP Ibrahim (tengah) merakamkan gambar kenangan bersama wakil penerima cek pampasan dan pegawai kanan serta anggota PGA yang lain sebaik sahaja selesai upacara terbabit hari ini.

SRI AMAN, Khamis (3 Sept) – Kebajikan keluarga dua orang anggota polis dari Batalion Ke-10, Kompeni C, Pasukan Gerakan Am (PGA) Kem Temudok, Sri Aman akhirnya terbela setelah menerima cek pampasan Sarawak Briged Compenent Police Welfare, Sports dan Recreation pada hari ini.

Keluarga Allahyarham Lans Kopral Isanari bin Jas, 34, dan Allahyarham Lans Kopral Yunos Laboi, 37 yang berkhidmat di Kem Temudok, Sri Aman sebelum ini telah menerima cek pampasan yang mencatatkan nilai keseluruhan berjumlah RM59,000.

Keluarga kedua-dua mendiang anggota polis PGA berkenaan telah menerima cek pampasan terbabit menerusi ucapara ringkas yang berlangsung di Bilik Mesyuarat PGA, Kemu Temudok, Sri Aman pada jam 3 petang hari ini.

Fatimah Bakar, ibu kepada Allahyarham Isanari dan Maria Rosli selaku mewakili suaminya Allahyarham Yunos masing-masing menerima cek pampasan bernilai RM29,500 yang disampaikan oleh Komandan Batalion Ke-10, Kompeni C, PGA Kem Temudok iaitu ASP Ibrahim Haji Kawi pada majlis itu.

Hadir sama bagi menyaksikan upacara penyerahan cek pampasan kepada wakil keluarga allahyarham terbabit adalah Cif Inspektor Juvrinh Adrian Labungan, para pegawai kanan dan anggota PGA yang lain.

Penyampaian cek pampasan ini bertujuan untuk membantu mengurangkan bebanan yang ditanggung oleh keluarga kedua-dua mendiang anggota polis berkenaan semenjak kematian mereka pada akhir tahun lepas.

Kedua-dua anggota PGA yang berasal dari Debak, Betong dan Kampung Tambirat, Kota Samarahan itu terbunuh dalam satu kejadian kemalangan jalan raya yang berlaku di kilometer 122 Jalan Kuching / Sri Aman pada 14 Oktober 2008.

Tamat.



No comments:

Post a Comment