Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

06 September, 2009

RM1.5 juta untuk penduduk Kampung Spaoh - Uggah




Caption: UNTUK ALBUM....Uggah (dua kiri) ketika meninjau kawasan Masjid Darul Syifa’ sambil diringi Rapiee dalam majlis itu. Turut kelihatan Lowson Chuat (dua kanan) dan Romie (kanan sekali).

SPAOH, Ahad (6 Sept) – Penduduk Kampung Spaoh, Betong bakal menikmati prasarana yang lebih selesa apabila kerajaan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM1.5 juta bagi tujuan tersebut.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Douglas Ugah anak Embas berkata peruntukan adalah untuk projek menaik taraf jalan raya, ‘curvert’ dan pembinaan parit di kawasan kampung berkenaan.

“Selain itu peruntukan berjumlah RM1.5 juta daripada kerajaan BN ini juga akan digunakan untuk membina Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di Kampung Spaoh.

“Peruntukan bernilai jutaan ringit ini merupakan ‘hadiah’ kepada semua penduduk Spaoh yang merupakan penyokong kuat parti Barisan Nasional (BN) selama ini walaupun pernah dihasut oleh pembangkang untuk berjuang bersama mereka sebelumnya,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Betong berkata demikian semasa berucap dalam Majlis Berbuka Puasa anjuran Jawatankuasa Pengurusan Masjid Darul Syifa’ Spaoh dan Komuniti Bestari Spaoh di Masjid Darul Syifa’, Spaoh, Betong semalam.

Sementara itu, Uggah juga menyeru kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan persatuan di kampung dalam daerah kecil Spaoh untuk terus bekerjasama dengan kerajaan bagi memajukan kawasan masing-masing selepas ini.

“Terdapat masih banyak kampung dan rumah panjang di kawasan luar bandar di negeri yang masih memerlukan projek pembangunan seperti jalan raya, elektrik, air dan sebagainya.

“Oleh yang demikian, pihak kerajaan negeri dan pusat amat memerlukan kerjasama yang erat daripada semua JKKK dan persatuan bagi menjayakan perlaksanaan kesemua projek ini,” menurut beliau.

Hadir sama ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Saban, Robert Lawson Chuat, Residen Bahagian Betong Romie, Sigan Daniel, Timbalan Pengerusi Lembaga Amanah Islam Spaoh, Rapiee Bulat dan para ketua kaum dari daerah itu.

Uggah menerusi majlis itu mengumumkan peruntukan bernilai RM30,000 untuk Masjid Darul Syifa’ Sapoh manakala peruntukan sebanyak RM5,000 pula digunakan untuk membeli alat pembesar suara di masjid berkenaan.

Lawson pada majlis itu juga turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM6,000 kepada Masjid Darul Syifura’ Spaoh dan RM5,000 untuk sembilan buah surau dalam daerah kecil Spaoh.

Tamat...






No comments:

Post a Comment