Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

10 September, 2009

Respon PAS memang dijangka kata Mong


Mugshot: MONG DAGANG

SRI AMAN, Jumaat (11 Sept) – Tindakan Parti Islam SeMalaysia (PAS) mengkritik tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk melantik Datuk Seri Idris Jalan sebagai menteri tanpa portfolio di Jabatan Perdana Menteri sememangnya sudah dijangka.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Begunan, Mong anak Dagang, berkata demikian kepada pemberita sebaik sahaja selesai merasmikan Program Gotong-Royong Kebersihan dan Anti Denggi anjuran Majlis Daerah Sri Aman (MDSA) bertempat di Rumah Baha Biran, Lunchong Tanjung Bijat, Lingga, Sri Aman semalam.

Pihak pembangkang terutamanya PAS kata beliau sememangnya akan menentang segala keputusan kerajaan Barisan Nasional (BN) walaupun keputusan tersebut dianggap yang terbaik untuk rakyat.

“Mereka (PAS) tetap akan menganggap keputusan oleh pihak BN sebagai tidak betul kerana sudah menjadi peranan mereka untuk bertindak menentang segala tindakan kerajaan selama ini.

“Justeru saya tidak terperanjat sekiranya pembangkang menentang keputusan Najib berhubung isu itu kerana mereka sememangnya mengamalkan ‘Opposition Political Thinking’ selama ini,” menurut beliau.

Selain itu beliau sememangnya menyokong penuh keputusan Najib untuk melantik Idris Jala sebagai menteri di jabatan perdana menteri memandangkan beliau adalah yang terbaik berdasarkan kepada kebolehan ketika menyelamat syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) dari dilanda krisis kewangan beberapa tahun lepas.

Mong percaya bahawa tindakan Najib memilih Idris untuk memegang jawatan tersebut berdasarkan kepada kelayakkannya tanpa mengira faktor politik dan perkauman dalam negara ini.

“Beliau (Najib) melakukan tindakan ini berdasarkan konsep 1Malaysia. Tiada pembabitan politik dan isu perkauman dalam kes perlantikkan Idris sebagai menteri di Jabatan Perdana Menteri,” katanya.

Terdahulu Timbalan Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dan Datuk Sallehuddin Ayub pada 7 September lalu mendakwa Najib melakukan kesilapan kerana melantik Idris Jala sebagai menteri tanpa portfolio di Jabatan Perdana Menteri merangkap Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (Pemandu) baru-baru ini.

Tamat.

No comments:

Post a Comment