Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

08 September, 2009

Rakan Masjid Bandar Sri Aman anjur Kem Belia Ramadhan


Mugshot: HAJI MUSTAPHA SALLEH

SRI AMAN, Selasa (8 Sept) – Rakan Masjid Bandar Sri Aman akan menganjurkan Kem Belia Ramadhan 1430H bertempat di Masjid Bandar Sri Aman bermula dari 11 hingga 13 September ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Masjid Bandar Sri Aman, Haji Mustapha Salleh ketika dihubungi kelmarin menjelaskan bahawa Kem Belia Ramadhan ini nanti bakal melibatkan penyertaan seramai 80 orang peserta yang terdiri daripada penceramah dan ahli Rakan Masjid Bandar Sri Aman itu sendiri.

“Objektif utamanya adalah untuk mengumpul para belia Islam untuk mendalami agama Islam ketika berlangsungnya sambutan Bulan Ramadhan pada tahun ini.

“Pihak kita menerusi kem ini mahu memantap dan mempertingkatkan pengetahuan para peserta terhadap pengetahuan agama Islam khususnya tentang Ibadah Puasa,” menurut beliau.

Selain itu Kem Belia Ramadhan 1430H ini menurut beliau juga bertujuan untuk mengimarahkan masjid dan menjadikannya sebagai ‘Islamic Centre’ atau Pusat Islamiyah dalam bandar ini.

“Malahan program ini juga memberi peluang kepada para peserta untuk menyertai forum bagi menambah ilmu, mencambah fikiran / minda serta pengalaman dalam diri masing-masing.

“Kumpulan sasaran untuk Kem Belia Ramadhan 1430H ialah ahli Rakan Masjid Bandar Sri Aman, peserta Tadarus Al-Quran Masjid Bandar Sri Aman, belia serta remaja Islam dalam bandar ini dan peserta jemputan dari sekolah menengah dalam bandar ini,” katanya.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Hajah Rohani binti Abdul Karim dijangka akan merasmikan Kem Belia Ramadhan 1430H ini Masjid Bandar Sri Aman pada tarikh itu nanti.

Tamat.



No comments:

Post a Comment