Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

18 September, 2009

Politeknik bernilai RM100 juta akan dibina di Betong umum Jabu


Caption: PENGUMUMAN...Jabu sedang menyatakan sesuatu kepada ahli PBB ketika berlangsungnya mesyuarat perwakilan di sini hari ini. Turut kelihatan ialah Empiang (kanan sekali).

BETONG, Jumaat (18 Sept) – Prasana pendidikan di Betong bakal dipertingkat dengan adanya cadangan untuk membina sebuah politeknik dalam bandar ini menerusi Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10) kelak.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Dr Alfred Jabu anak Numpang berkata cadangan pembinaan politeknik di bandar Betong itu sudah pun dibuat dan akan dihantar kepada pihak Kementerian Pengajian Tinggi bagi tindakan lanjut.

“Cadangan pembinaan politeknik di Bandar Betong ini bakal menelan belanja pembinaan sebanyak RM100 juta di atas tanah berkeluasan 500 ekar.

“Tapak tanah untuk tujuan pembinaan politeknik itu masih belum dikenalpasti dan pihak kita akan menjemput Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin ke sini untuk sama-sama meninjau serta mencari tapak pembinaan institusi pendidikan itu,” katanya.

Beliau yang juga Timbalan Presiden II Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan Mesyuarat Perwakilan cawangan PBB N.31 Layar bertempat di Dewan Panglima Rentap, Betong hari ini.

Sekiranya cadangan pembinaan politeknik itu diluluskan kata Jabu maka ia nanti sekaligus memberi manfaat kepada pelajar dari kawasan Sri Aman, Engkilili, Lubok Antu, Saratok, Sarikei, Song, Kanowit dan lain-lain kawasan apabila ia sudah dibina kelak.

“Cadangan ini dibuat kerana kerajaan sedar bahawa pendidikan adalah merupakan kunci utama untuk melahirkan golongan individu yang mampu merancang dan melaksana pelbagai projek pembangunan di masa akan datang.

“Saya percaya politeknik itu nanti mampu melahirkan lebih ramai golongan berpendidikan tinggi dalam kawasan ini apabila ia sudah siap dibina kelak,” menurut beliau.

Justeru Jabu berharap agar prasarana pendidikan yang baru itu nanti mampu mengubah wajah pembangunan di bandar Betong pada masa akan datang.

Hadir sama ialah Naib Yang Dipertua Kanan PBB merangkap Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Douglas Uggah Embas, Setiausaha Agung PBB, Dr Stephen Rundi, Ahli Jawatankuasa Majlis Tertinggi PBB, Aidan Wing dan ketua cawangan N32 PBB Bukit Saban, Robert Lawson Chuat, Setiausaha Eksekutif PBB Ibupejabat, Awang Bujang Awang Antek, Senator Dato Sri Empiang Jabu, Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Isik Utau dan Watson Bangau.

Tamat.

2 comments:

  1. tidak boleh ke site politeknik tu dibina di kawasan sri aman.sebab betong sudah banyak infrastructure termasuk lh MSRM,sekolah TEKNIK vokasional,dan lain2 insfastructure..saya suggest kn di sini supaya semua rakyat dapat menikmati benefit daripada pembinaan politeknik tersebut.seperti pertambahan bilangan penduduk di bahagian sri aman,dan dapat menaiktarafkan kualiti bahagian sri aman di mata orang lain.ok tq

    ReplyDelete
  2. the mrsm and vocational school is not ipt.look at the site from bintulu to sibu we got poli mukah.from sarikei to sri aman betong is the center.sri aman can build another ipt uitm also can ma..ask your wakil rakyat for it.betong also need something since its a new division.no need to argue with this thing.

    ReplyDelete