Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

06 September, 2009

Pesta Air Krian 31 Oktober ini !

SRI AMAN, Isnin (7 Sept) – Berita baik untuk peminat sukan air di negeri ini. Bandar Saratok sekali lagi bakal menjadi tumpuan ribuan orang pengunjung apabila berlangsungnya Pesta Air Krian di situ bermula 31 Oktober hingga 1 November kelak.

Perkara ini diumumkan oleh Menteri Muda Pertanian, Pertubuhan Peladang dan Koperasi, Datuk Peter Nyarok anak Enteri ketika mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Pesta berkenaan di Saratok minggu lepas.

Pesta Air Krian kali ke-7 ini menurut belia bakal mempertengah pelbagai aktiviti menarik antaranya ialah Regatta (Lumba Perahu), Ekspo Pembangunan, Pertunjukkan Bunga Api, Gerai Jualan Makanan dan Minuman Terbuka, Pentas Kebudayaan dan pelbagai lagi.

“Pihak Jawatankuasa Pengelola menerusi Pesta Air Krian ini juga turut menampilkan satu lagi acara baru iaitu Saratok Festival dimana ia akan berlangsung selama selama sebulan sebelum bermulanya pesta ini nanti.

"Saratok Festival ini akan diselitkan dengan pelbagai aktiviti menarik seperti Pesta Ria (Fun Fair), ekpo perdagangan dan juga pertanian yang melibatkan pelbagai produk pertanian tempatan dalam negeri ini," menurut beliau Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Krian.

Justeru penganjuran Saratok Festival dan Pesta Air Krian di bandar Saratok ini nanti menurut Nyarok diharap agar dapat mempertingkatkan taraf ekonomi penduduk di situ selepas ini nanti.

Hadir sama pada mesyuarat berkenaan, Residen Bahagian Betong, Romie Sigan Daniel, Pegawai Daerah Saratok, Danie Supit serta para ketua jabatan dari bahagian Betong. Selesai sahaja mesyuarat berkenaan, Datuk Peter turut menghadiri majlis berbuka puasa bersama ahli Jawatankuasa Pesta dan juga ketua jabatan yang hadir bertempat di Bilik Mesyuarat Majlis Daerah Saratok (MDS).

Tamat.

No comments:

Post a Comment