Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

17 September, 2009

PESAKA + Bumiputera= PBB kuat kata Lawson

SPAOH, Khamis (17 sept) - Formula kekuatan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) selama ini sebenarnya terletak pada peranan yang ditunjukkan oleh kedua-dua sayap dalam parti terbabit iaitu PESAKA dan Bumiputera.

Pengerusi PBB cawangan N.32 Bukit Saban, Robert Lawson Chuat berkata kefahaman serta toleransi yang wujud dalam kedua-dua sayap parti terbabit selama ini nyata berjaya membentuk hubungan perpaduan yang kukuh dikalangan ahli partinya sehingga sekarang.

“Perpaduan dalam PBB terbukti apabila parti PEKASA yang mewakili orang Dayak dan parti Bumiputera yang mewakili orang Melayu berjaya bergabung untuk membentuk parti tulang belakang Kerajaan Negeri terbabit tanpa sebarang masalah hingga sekarang.

“Faktor ini telah menjurus kepada kekuatan utuh PBB sehingga rakyat yakin dengan peranan kita untuk memperjuangkan kebajikan hidup mereka sehingga ke masa sekarang,” menurut beliau ketika berucap pada Mesyuarat Perwakilan PBB cawangan N.32 Bukit Saban bertempat di Dewan Serbaguna Spaoh, Betong hari ini.

Sementera itu Lawson yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Saban menasihatkan semua ahli PBB cawangan N.32 untuk mengembangkan perlaksanaan konsep 1Malaysia dikalangan penduduk dalam kawasan masing-masing.

Katanya penyebaran konsep 1Malaysia dikalangan penduduk adalah amat penting untuk menyakinkan mereka bahawa kerajaan tidak akan sesekali mengenepikan hak dan kebajikan hidup rakyat dalam negara ini.

“Kita mahu konsep 1Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini diterima dikalangan rakyat berbilang kaum terutama sekali dalam kawasan DUN Bukit Sabam

“Menerusi konsep ini kita mahu rakyat agar sentiasa menyokong usaha pembangunan oleh kerajaan dan tidak mahu mereka bimbang bahawa hak serta kebajikan mereka diketepi proses pembangunan negara ini,” katanya.

Majlis yang dirasmikan oleh Naib Yang Dipertua Kanan PBB, Datuk Douglas Uggah Embas itu turut dihadiri oleh Senator Dato Sri Empiang Jabu, Ketua Pergerakan Pemuda PBB Bukit Saban, Tony Malang dan Naib Pemuda PBB Bukit Saban, Dr Richard Rapu.

PBB cawangan N.32 Bukit Saban sehingga kini mempunyai 17 ranting parti. Tiga daripada jumlah keseluruhan tersebut adalah merupakan ranting ‘protem’ yang baru ditubuhkan baru-baru ini.

Tamat.

No comments:

Post a Comment