Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

08 September, 2009

Motorsikal vs lori - penunggang selamat


Caption: DASYHAT...Motorsikal yang ditunggang oleh mangsa kelihatan rosak teruk setelah berlanggar dengan lori dalam kejadian yang berlaku di kilometer 59 Jalan Sri Aman / Kuching semalam.


special thanks to Bujang Astana (http://www.astanapengerindu.blogspot.com) for pix and articel


SRI AMAN, Selasa (8 Sept) – Seorang lelaki dari kawasan sini terselamat walaupun motorsikal yang ditunggang olehnya berlanggar dengan sebuah lori menerusi kejadian kemalangan di kilometer 59 Jalan Sri Aman / Betong sekitar jam 11 pagi kelmarin.

Jurucakap Ibupejabat Polis Daerah (IPD) ketika dihubungi berkata sebelum berlakunya kemalangan tersebut mangsa sedang menunggang motorsikalnya dari arah Sri Aman menuju ke Betong.

“Apabila tiba di kawasan kilometer 59, mangsa dipercayai menunggang motorsikalnya memasuki laluan lorong kanan jalan raya sehingga berlanggar dengan sebuah lori yang kebetulan sedang menuju ke arah Sri Aman.

“Bagaimanapun pelanggaran di antara motorsikal dan lori terbabit hanya menyebabkan mangsa terbabit mengalami kecederaan ringan,” katanya sambil menambah bahawa mangsa kemudiannya dirujuk ke Hospital Bahagian Betong selepas kejadian itu bagi tujuan rawatan lanjut.

Sementara itu motorsikal yang digunakan oleh mangsa dikatakan mengalami kerosakan yang amat teruk disebabkan oleh impak pelanggaran berkenaan.

Sumber dari kawasan kemalangan memberitahu amat jarang seorang penunggang motorsikal hanya mengalami cedera ringan walaupun motorsikal yang ditunggang olehnya berlanggar dengan lori.

“Tidak tahu bagaimana mangsa boleh terselamat dalam kejadian ini. Kebiasaannya kemalangan yang membabitkan motorsikal dan lori acapkali menyebabkan si penunggang motorsikal itu mati atau cedera parah namun kali ini tidak pula,” kata seorang penduduk yang berada di lokasi itu semalam.

Tamat.


No comments:

Post a Comment