Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

06 September, 2009

Masjid Bandar Sri Aman terima rombongan Imam Muda dari China

Caption: UNTUK ALBUM...Datu Rashid (hadapan lapan kiri) merakamkan gambar kenangan bersama Marlina (hadapan lima kiri) dan para Imam Muda serta ahli jawatankuasa Masjid Bandar Sri Aman hari ini.

SRI AMAN, Ahad (6 Sept) – Masjid Bandar Sri Aman telah diberi penghormatan ketika berlangsungnya sambutan Bulan Ramadhan 2009 apabila menerima kunjungan seramai 24 orang Imam Muda dari negara China hari ini.

Rombongan Imam Muda dari negara China yang diketuai oleh diketuai oleh Timbalan Presiden Persatuan Cina Muslim Malaysia iaitu Marlina Wong tiba di Masjid Bandar Sri Aman itu pada jam 2 petang.

Kedatangan beliau bersama rombongan ini telah disambut oleh Pengerusi Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Bandar Sri Aman iaitu Datu Haji Abdul Rashid Haji Mohd Aziz, Kanselor Mas Shamshiah Haji Maslem bersama dengan kakitangan pengurusan Masjid Bandar Sri Aman yang lain.

Sebaik sahaja tiba para rombongan Imam Muda berkenaan telah menunaikan sembahyang Jamak dan Kasar sebelum dibawa meninjau keadaan dalaman dan luaran Masjid Bandar Sri Aman itu.

Datu Haji Abdul Rashid yang menyampaikan taklimat ringkas mengenai latar belakang Masjid Bandar Sri Aman kepada peserta rombongan itu kemudiannya menyampaikan cenderamata Marlina Wong sebelum kesemua mereka menghadiri sesi bergambar beramai-ramai bersama pihak media.

Marlina bersama 24 Imam Muda dari negara China itu kemudiannya berangkat pulang ke Kuching sebaik sahaja selesai mengadakan kunjungan ke Masjid Bandar Sri Aman menjelang jam 3 petang.

Terdahulu beliau menerusi ucapan ringkasnya berasa amat gembira kerana berpeluang untuk membawa kesemua 24 Imam Muda terbabit untuk meninjau Masjid Bandar Sri Aman.

“Ini merupakan satu kesempatan oleh pihak kami untuk beramah mesra dengan penduduk beragama Islam dalam bandar Sri Aman menerusi sesi lawatan ke masjid berkenaan,” menurut beliau.

Tamat.

No comments:

Post a Comment