Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

13 September, 2009

Lima keluarga miskin terima bantuan AQRABIN


Caption: UNTUK ALBUM....Ahli AQRABIN dan kakitangan pergigian Sri Aman ketika sedang merakamkan gambar kenang-kenangan bersama penerima sumbangan berkenaan baru-baru ini.

SRI AMAN, Isnin (14 Sept) – Sejumlah lima keluarga miskin dari perkampungan sekitar bandar ini menerima sumbangan berupa makanan harian daripada Persatuan Kebajikan Islam Pejabat Kesihatan Pergigian Bahagian Sri Aman (AQRABIN) baru-baru ini.

Mereka yang menerima sumbangan daripada AQRABIN ini adalah keluarga Abang Tahir bin Abang Kawi dan Tipah binti Mersai dari Kampung Hilir Sri Aman, Rogayah binti Kassim dari Kampung Hulu, Halimahtun binti Kadir dari Kampung Tengah, dan Fatimah binti Suhaili dari Kampung Muhibah.

Sumbangan hasil daripada warga Pejabat Kesihatan Pergigian Bahagian Sri Aman itu telah disampaikan oleh pegawai jabatan terbabit iaitu Dr Roslina binti Mohd Fadzillah Mah dan pengerusi AQRABIN iaitu Hamali bin Jol menerusi majlis yang berlangsung di bilik mesyuarat jabatan itu sendiri.

“Objektif program ini adalah untuk meringankan beban keluarga miskin yang telah terpilih dari sekitar daerah Sri Aman menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi,” demikian menurut Roslina pada Majlis Sumbangan sempena Hari Raya Aidilfitri 2009 terbabit.

Disamping merapatkan lagi hubungan silaturrahim di antara warga Jabatan Pergigian dengan penduduk tempatan dalam bandar ini pihaknya menurut beliau juga turut menyampaikan sumbangan berupa wang kepada surau dalam kawasan ini.

“Ia bertujuan untuk membantu surau menjalankan aktiviti mereka sepanjang sambutan bulan Ramadan ini. Justeru diharapkan agar pihak surau dan keluarga ini AQRABIN dapat memanfaatkan sumbangan terbabit sebaik yang mungkin,” menurut beliau.

Hadir sama pada majlis itu ialah Pegawai Eksekutif Baitulmal cawangan Sri Aman Ustaz Zulhazmi bin Bohari.

AQRABIN mempunyai keahlian seramai 25 orang dan jumlah warga Pergigian Sri Aman yang berkhidmat adalah seramai 54 orang. Program amal ini julung kali diadakan oleh Pejabat Kesihatan Pergigian Bahagian Sri Aman.

Tamat.


No comments:

Post a Comment