Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

13 September, 2009

KRT Kampung Stawang / Tengah hasil 500 bubur lambuk


Caption: UNTUK ALBUM...Shamshuddin (kanan), Yusli (kiri) dan Kamasita (tiga kanan) bersama ahli KRT dan PPWS ketika merakamkan gambar kenangan di hadapan projek bubur lambuk mereka baru-baru ini.

SRI AMAN, Isnin (14 Sept) – Sejumlah 500 bungkus Bubur Lambuk diagihkan terhadap penduduk Kampung Tengah dan Stawang bersempena dengan sambutan bulan Ramadhan di bandar ini baru-baru ini.

Kesemua 500 bungkus Bubur Lambuk ini telah dihasilkan oleh Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Tengah / Stawang dengan kerjasama Persekutuan Perkumpulan Wanita Sarawak (PPWS) cawangan Kampung Tengah secara gotong-royong.

“Gotong-royong untuk menghasilkan Bubur Lambuk ini telah berlangsung di perkarangan rumah Selhah dan seterusnya diagihkan kepada penduduk dalam kampung ini.

“Tujuannya ialah agar semua penduduk dapat menikmati Bubur Lambuk disamping menyerikan lagi suasana sambutan Bulan Ramadhan dalam bandar Sri Aman ini,” menurut pengerusi pengelola program iaitu Kamasita Wasli.

Selain itu pihaknya juga menurut beliau merakamkan penghargaan terhadap pihak syarikat Bumi Makmur dan Bank Rakyat cawangan Sri Aman yang telah menyumbang beras dan duit untuk menjayakan projek itu.

Kehadiran agensi swasta terbabit menurut beliau secara tidak langsung telah membawa erti yang cukup tinggi terhadap pihaknya dalam sama-sama menyambut suasana kemeriahan Bulan Ramadhan pada tahun ini.

“Kita berharap agar agensi kerajaan dan swasta yang lain dalam bandar ini untuk terus tampil membuat amal kebajikan ketika berlangsungnya sambutan bulan mulia berkenaan,” katanya.

Residen Bahagian Sri Aman, Abang Shamshuddin Abang Seruji dan Pegawai Perpaduan dan Integrasi Nasional Bahagian Sri Aman, Mohd Yusli Nasir hadir sama bagi memeriahkan suasana pengagihan bubur lambuk berkenaan.

Tamat.



No comments:

Post a Comment