Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

17 September, 2009

Kemuka masalah masa biasa bukan masa pilihan raya - Uggah


Caption: PENGHARGAAN...Lawson (kanan) menyampaikan cenderamata kepada Empiang (kiri) sambil disaksikan oleh Uggah (tengah) ketika berlangsungnya majlis itu hari ini.

SPAOH, Khamis (17 Sept) – Rakyat tidak sewajarnya mengemukakan masalah pembangunan kepada pemimpin kerajaan acapkali menjelang pilihan raya di negeri ini demikian menurut Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Douglas Uggah anak Embas.

Ini kerana rakyat menurut beliau boleh mengemukakan masalah pembangunan kepada pemimpin di setiap kawasan masing-masing pada bila-bila masa tanpa menunggu tibanya waktu pilihan raya di negeri ini.

“Masalah pembangunan rakyat di sesebuah kawasan boleh diselesaikan segera sekiranya mereka bertindak awal mengutarakan masalah itu kepada kerajaan menerusi wakil rakyatnya di kawasan masing-masing.

“Mereka tidak harus menyimpan masalah ini untuk dikemukakan kepada kerajaan apabila tiba pilihan raya memandangkan pihak pembangkang boleh menjadikan masalah itu sebagai isu untuk menentang kerajaan pada waktu pilihan raya kelak,” menurut Ahli Parlimen Betong berkenaan.

Uggah yang juga Naib Yang Dipertua Kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan PBB cawangan N.32 Bukit Saban bertempat di Dewan Serbaguna Spaoh, Betong hari ini.

Selain itu katanya sekiranya projek pembangunan kerajaan dilaksanakan awal di kawasan rakyat maka pihak pembangkang akan menghadapi kesukaran untuk mencari ‘modal’ bagi menentang kerajaan ketika menjelang pilihan raya di negeri ini.

“Ahli PBB di kawasan ini (N.32 Bukit Saban) misalannya boleh bertindak melaporkan kepada pihak atasan sekiranya terdapat pihak pemaju yang gagal melaksanakan projek pembangunan dengan baik.

“Justeru saya berharap agar rakyat tidak melengah-lengahkan masa untuk melaporkan masalah pembangunan di kawasan masing-masing kepada kerajaan selepas ini demi kebaikan hidup mereka pada masa akan datang,” kata Uggah.

Hadir sama ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Saban merangkap Pengerusi PBB cawangan N.23 Bukit Saban, Robert Lawson Chuat, Senator Dato Sri Empiang Jabu, Ketua Pergerakan Pemuda PBB Bukit Saban, Tony Malang dan Naib Pemuda PBB Bukit Saban, Dr Richard Rapu.

Tamat


No comments:

Post a Comment