Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

06 September, 2009

Kelab Setiausaha Politik sumbang wang raya kepada balu, fakir miskin dan anak yatimdan




Caption:


1.UNTUK ALBUM...Karim (berdiri tengah) merakamkan gambar kenang-kenangan bersama penerima wang sumbangan ketika berlangsungnya majlis itu di Masjid Lama Kampung Tengah semalam.

2.IKHLAS...Karim ketika sedang menyampaikan sumbangan wang Raya kepada seorang penerima di sini semalam.

SRI AMAN, Isnin (7 Sept) – Kelab Setiausaha Politik telah menyampaikan sumbangan Hari Raya berupa wang kepada 34 orang balu dan fakir miskin dari tiga ranting Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) N.23 Lingga menerusi majlis yang berlangsung di Masjid Lama Kampung Tengah lewat petang kelmarin.

Kesemua 34 orang penerima dari kawasan PBB N.23 Lingga ranting Kampung Hilir, Kampung Tengah dan Kampung Stawang ini menerima sumbangan raya daripada Ketua Politik kepada Ketua Menteri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asajaya iaitu Haji Abdul Karim Rahman Hamzah.

13 daripada 34 orang penerima ini terdiri daripada penduduk Kampung Hilir manakala lapan orang lagi pula dari Kampung Tengah. Selebihnya 13 orang penerima datangnya dari Kampung Stawang.

Majlis ini yang merupakan program tahunan Kelab Setiausaha Politik memberi peluang kepada Haji Karim untuk beramah mesra dengan semua para penerima sumbangan terbabit.

Beliau pada majlis itu juga sempat meluangkan masa untuk beramah mesra dengan balu kepada bekas Setiausaha Politik Negeri Sarawak di sini sebelum berangkat menuju ke Rumah Kanak-Kanak (RKK) Datuk Ajibah Abol Sri Aman sebaik sahaja selesai majlis itu.

Di sana beliau telah menyempurnakan majlis penyampaian bantuan berupa hamper dan duit raya kepada para penghuni RKK Datuk Ajibah Abol Sri Aman yang terdiri daripada golongan anak-anak yatim.

Sambil mengucapkan Selamat Berpuasa dan Hari Raya Aidilfitri, Haji Karim berharap agar kesemua penerima sumbangan tersebut untuk lebih ceria ketika menyambut kedatang hari mulia itu nanti.

“Diharapkan agar sumbangan ini membolehkan para penerima merasa tidak terpinggir lebih-lebih lagi ketika menjelang sambutan perayaan Hari Raya Aidilftri pada tahun ini,” katanya.

Hadir sama ialah Pengerusi Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak (DUBS) cawangan Sri Aman, Haji Awang Sohor Awang Apek, para wakil pegawai kerajaan dan ketua kaum dari sekitar bandar ini.

Tamat.



No comments:

Post a Comment