Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

13 September, 2009

Isu karan di Pasar Lachau - komen Mong Dagang


Mugshot: MONG ANAK DAGANG

SRI AMAN, Ahad (13 sept) - Isu bekalan elektrik bagi kawasan Pasar Lachau, Pantu, Sri Aman boleh diselesaikan sekiranya kerajaan memperkenalkan dua langkah penting bagi menangani masalah pembekalan elektrik di kawasan itu selepas ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Begunan, Mong anak Dagang berkata dua langkah terbabit adalah mengurangkan kadar bayaran bagi penyambungan bekalan elektrik ke setiap 26 buah lot premis perniagaan di situ atau memperkenalkan bayaran kos penyambungan bekalan elektrik secara ansuran.

"Isu bekalan elektrik di Pasar Lachau pernah timbul sebelum ini apabila majoriti para peniaga yang menyewa lot kedai di situ tidak mahu menanggung kos penyambungan elektrik sebanyak RM17,000 ke premis perniagaan masing-masing.

"Kerajaan bagaimanapun sememangnya pernah menawarkan kemasukan bekalan elektrik ini ke situ sebelum namun faktor terbabit telah menyebabkan Pasar Lachau masih 'kehausan' tenaga terbabit sehingga sekarang," katanya ketika dihubungi Utusan Sarawak hari ini.

Beliau percaya bahawa bekalan elektrik dapat disalurkan ke setiap premis perniagaan dalam Pasar Lachau itu sekiranya kerajaan dapat mengurangkan kos penyambungan elektrik dari RM17,000 kepada RM7,000.

"Saya pernah menemubual beberapa orang peniaga di Pasar Lachau dan Sungai Tenggang sebelum ini berhubung isu itu dan rata-rata mereka berpendapat bahawa bayaran kos penyambungan elektrik sebanyak RM7,000 atau kurang adalah lebih wajar berbanding RM17,000.

"Lagipun adalah lebih baik juga jikalau pembayaran kos penyambungan bekalan elektrik ini dapat dilakukan secara beransuran terutama sekali terhadap peniaga yang hanya menyewa lot kedai di situ dan bukan memiliknya," menurut beliau.

Sehingga kini sebanyak 60 peratus kawasan penduduk dalam kawasan DUN Bukit Begunan sudah menikmati bekalan Elektrik Luar Bandar (RES) kecuali bagi Pasar Lachau.

Penduduk dari kawasan Lachau, Jalan Karak dan Sungai Besai juga bakal menikmati bekalan RES menjelang tahun 2010 apabila kerajaan telah pun meluluskan peruntukan antara RM8 hingga RM10 juta bagi tujuan terbabit.

TAMAT.

3 comments:

  1. cakap kosong saja orang ini

    ReplyDelete
  2. hehe..terimalah padahnya mengundi BN!!!

    ReplyDelete
  3. yb alangkah ruginya mengundi engkau....tk guna punya yb

    ReplyDelete