Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

06 September, 2009

Baiki kerosakan jalan di PPP Temudok! - kata pengguna


Caption: PERLU PERHATIAN...Kerosakan berupa lubang di laluan keluar PPP Temudok Sri Aman perlu diperbaiki segera oleh pihak yang berwajib.


Foto: ZULIA HAJI JEMAT

SRI AMAN, Isnin (7 Sept) – Orang ramai meminta jasa baik pihak berkuasa tempatan untuk membaiki kerosakan jalan yang berlaku di laluan simpang jalan keluar Pusat Peladang dan Perniagaan (PPP) Temudok Sri Aman.

Rata-rata orang ramai ketika ditemui Utusan Sarawak hari ini mendakwa bahawa kerosakan berupa lubang telah wujud di kawasan tengah laluan keluar dari PPP Temudok berkenaan semenjak awal tahun ini.

“Saya terpaksa memperlahankan kenderaan saya ketika memandu keluar dari kawasan PPP Temudok ini sebab bimbang terhadap impak hentakan yang disebabkan oleh kewujudan lubang berkenaan,”menurut seorang pemandu yang hanya mahu dikenali sebagai Nading.

Katanya pemilik kenderaan yang sebelum ini pernah mengubahsuai absorber (penyerap hentakan) menjadi lebih rendah berisiko mengalami kerosakan kereta lebih serius berbanding mereka yang tidak berbuat demikian.

Sementara itu Luni Kijan mendakwa bahawa pengguna jalan raya boleh menjadi bosan sekiranya melalui kerosakan lubang di jalan keluar PPP Temudok berkenaan pada setiap hari.

Disamping menimbulkan rasa bosan dikalangan pengguna kenderaan, kerosakan di laluan tersebut menurut beliau juga boleh menimbulkan imej kurang elok terhadap PPP Temudok itu sendiri.

“Semua pihak tahu PPP Temudok adalah merupakan pusat persinggahan paling terkenal di kawasan Sri Aman tanpa mengira waktu berbanding Jelukong dan Pekan Lachau di Pantu.

“Justeru saya mengesyorkan pihak berwajib untuk memperbaiki lubang jalan itu secepat yang mungkin sebelum lubang itu menjadi lebih dalam akibat dilalui oleh jentera berat seperti lori selepas ini,” katanya.

Tinjauan lanjut Utusan Sarawak mendapati lubang terbabit berkeluasan hampir tiga meter dengan ukuran dalam mencapai setengah kaki.

Tamat.


3 comments:

  1. yb kita tak boleh buat apa....dkat parlimen senyap je mcam tempat kita tak de masalah

    ReplyDelete
  2. yb kita.kurang bersuara kat parlimen

    ReplyDelete