Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

06 September, 2009

100 fakir miskin bakal terima wang raya 11 september ini


Mugshot: HAJI MOSTAPA SALLEH

SRI AMAN, Isnin (7 Sept) – Kesedihan lebih 100 orang golongan fakir miskin dari kawasan Parlimen Batang Lupar bakal terubat ketika berlangsungnya sambutan Bulan Ramadhan ini apabila mereka bakal menerima sumbangan Hari Raya pada 11 September kelak.

Mereka akan menerima sumbangan itu pada Majlis Berbuka Puasa dan Penyampaian Sumbangan Raya Kepada Fakir Miskin Bersama YB Datuk Hajah Rohani Haji Karim, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani merangkap Ahli Parlimen Batang Lupar di Masjid Bandar Sri Aman pada tarikh berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Masjid Bandar Sri Aman, Haji Mostapa Salleh ketika dihubungi berkata majlis itu adalah merupakan anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Sarawak Bahagian Sri Aman dengan kerjasama Jabatan Agama Islam (JAIS) Bahagian Sri Aman dan pihak beliau sendiri.

“Majlis ini akan bermula jam 5 petang. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hajah Simoi Haji Peri dan Datuk Hajah Rohani akan menyampaikan ucapan masing-masing sebelum bermulanya penyampaian sumbangan raya kepada golongan fakir miskin itu.

“Sebaik sahaja selesai penyampaian sumbangan raya ini, kesemua hadirin termasuk para penerima akan mengikuti majlis tahlil sebelum berbuka puasa secara bersama sebaik sahaja selesai Azan Magrib,” menurut beliau.

Semua hadirin menurut Mostapa kemudiannya akan menghadiri sesi Takzirah Ramadhan, Solat Isyak Berjemaah dan Solat Tarawih Berjemaah sebelum kesemua mereka dijemput untuk menikmati jamuan minum di masjid itu.

“Dijangka majlis ini akan selesai menjelang jam 9 malam. Justeru di harap agar kesemua fakir miskin berkenaan dapat memanfaatkan sepenuh sumbangan Raya yang mereka perolehi pada majlis itu nanti,” katanya.

Tamat.



No comments:

Post a Comment