Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

06 August, 2009

Wanita dan lelaki mesti bergabung kata Simoi


Mugshot: HAJAH SIMOI HAJI PERI

SRI AMAN, Khamis (6 Ogos) - Kaum wanita diseru untuk terus berganding bahu dengan kaum lelaki bagi merancakkan lagi proses pembangunan dalam negara ini khususnya di Sarawak.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Hajah Simoi binti Haji Peri berkata, kaum wanita hari ini membentuk sumber tenaga kerja yang besar dan mampu dimanfaatkan menerusi program pembangunan yang sedia ada dan di masa akan datang.

"Kita tidak boleh lagi menganggap kaum wanita hanya sesuai berada didapur sahaja. Ini kerana ramai wanita hari ini berjaya menjawat jawatan penting dalam sektor kerajaan mahupun swasta.

"Ini membuktikan bahawa kaum wanita hari ini mampu bersama-sama kaum lelaki meningkatkan taraf kehidupan keluarga mereka dan menyumbang tenaga dalam pembangunan negara", ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap semasa merasmikan Seminar Menangani Keganasan Terhadap Wanita dan Kanak-kanak anjuran Jabatan Pembangunan Wanita serta Kementerian Pembangunan Sosial dan Urbanisasi Negeri Sarawak bertempat di Dewan Suarah dekat sini baru-baru ini.

Bagaimanapun, Simoi menggesa agar lebih ramai kaum wanita melibatkan diri dalam pelbagai program pembangunan yang disusun oleh kerajaan untuk memastikan kemampuan sumber manusia negara dimanfaatkan sepenuhnya.

" Jangan menganggap hanya kaum lelaki sahaja boleh membangunkan negeri ini (tanpa penglibatan kaum wanita) kerana wanita hari ini mampu bergerak seiring dengan kaum lelaki", tambahnya.

"Pembabitan golongan wanita masih amat diperlukan khususnya dalam sektor pendidikan dan ekonomi"katanya.

Dalam pada itu, seminar yang berlangsung bermula jam 8 pagi itu telah dihadiri sekitar 100 orang kaum wanita dari sekitar daerah Sri Aman

Tamat...

No comments:

Post a Comment