Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

17 August, 2009

Transformasi pendidikan menerusi sistem SPPK - Harden

Caption: RASMI...Harden sedang merasmikan program berambeh di SMK Sri Aman dengan memalu gong sambil disaksikan oleh tetamu undangan khas ketika berlangsungnya majlis baru-baru ini.

Pix by Zulia Haji Jemat

SRI AMAN, Isnin (17 Ogos) – Ibubapa perlu bersedia untuk menerima gelombang perubahan dalam sistem pendidikan anak-anak demikian menurut Menteri Muda Kemajuan Tanah, Datuk Francis Harden anak Hollis.

Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK) misalannya menurut beliau adalah merupakan salah satu usaha pihak kerajaan untuk mentransformasikan sistem pendidikan di negara ini.

“Kajian menunjukkan bahawa Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) menyebabkan kesepaduan pengetahuan, kemahiran dan nilai tidak tercapai sepenuhnya dikalangan pelajar menerusi proses pengajaran di bilik kelas.

“Pelajar menganggap bersekolah sebagai tanggungjawab yang membebankan dan memberi banyak tekanan. Justeru kerajaan menerusi Kementerian Pelajaran telah memperkenalkan SPPK yang mana pencapaian pelajar tidak lagi bergantung kepada 100 peratus kepada peperiksaan awam bagi menentukan gred pelajar,” menurut beliau.

Harden yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Program Berambih Bersama Menteri dan Hari Pemuafakatan PIBG SMK Sri Aman di Dewan Hollis Tini sekolah berkenaan baru-baru ini.

Menerusi sistem ini juga, gred peperiksaan awam pelajar kata beliau akan dinilai melalui kecerdasan akademik (keputusan peperiksaan), sahsiah pelajar (sikap peribadi) dan penglibatan mereka dalam bidang kokurikulum.

“Sistem ini akan dimulakan dengan murid prasekolah dan tahun satu di mana projek SPPK ini telah pun dilaksanakan terhadap 50 buah sekolah bagi tahun 2008 dan 500 buah sekolah untuk tahun ini.

“SPPK juga akan membolehkan penumpuan terhadap Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dikurangkan,” katanya.

Justeru perlaksanaan SPPK ini kata Harden akan menyediakan golongan modal insan yang lebih holistik dan menyeluruh di masa akan datang.

Hadir sama ialah Pegawai Pelajaran Daerah Sri Aman, Walter Lamat Kiyai, kakitangan guru SMK Sri Aman dan para pegawai kerajaan dari sekitar bandar Sri Aman ini.

Tamat.

No comments:

Post a Comment