Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

12 August, 2009

RM500k untuk bina asrama baru SMK Lubok Antu


Caption: MANFAATKAN….Nyalau (tiga kanan) menyampaikan cek bernilai RM20,000 kepada Penolong Kanan 1 SMK Lubok Antu, Jensen anak Hillary Dundang (duakiri) ketika berlangsungnya majlis tersebut.

LUBOK ANTU, Rabu (12 Ogos) – Masalah kesesakan pelajar di asrama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lubok Antu sebelum ini bakal berakhir apabila kerajaan meluluskan peruntukkan sebanyak RM500,000 bagi tujuan pembinaan asrama baru sekolah berkenaan.

“Surat kelulusan peruntukkan bernilai RM500,000 telah saya sampaikan kepada pihak pengurusan SMK Lubok Antu ketika berlangsungnya Pilihan Raya Kecil Batang Ai pada 7 April lalu.

“Kerja pembinaan asrama ini akan bermula pada tarikh tertentu nanti. Justeru saya berharap pembinaan asrama baru itu nanti dapat menyelesaikan masalah kesesakan yang melanda pelajar asrama di sekolah terbabit,” kata Ahli Parlimen Lubok Antu, William Badak anak Nyalau.

Beliau berkata demikian pada majlis ringkas penyampaian cek bernilai RM20,000 kepada Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) SMK Lubok Antu, di sini baru-baru ini.

Selain itu kata Nyalau kelulusan peruntukkan berkenaan adalah hasil lawatannya ke sekolah itu sebelum ini bagi memantau masalah kesesakan yang melanda pelajar asrama di sekolah itu.

Masalah kesesakan pelajar tersebut menurut beliau kemudiannya dibawa ke Persidangan Dewan Rakyat di Kuala Lumpur agar perkara ini dapat diselesaikan serta-merta oleh pihak kerajaan.

Terdahulu Nyalau menerusi majlis ringkas itu telah mengadakan sesi lawatan kecil bilik guru SMK Lubok Antu bagi melihat dengan lebih dekat masalah yang dihadapi para guru yang mengajar di sekolah terbabit.

Ekoran masalah kesesakan ruang bilik para guru di situ, beliau telah berjanji untuk membawa perkara terbabit ke peringkat atasan bagi mencari jalan penyelesaian berhubung hal tersebut.

Tamat.


No comments:

Post a Comment