Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

09 August, 2009

RM35,000 untuk mangsa kebakaran Rmh Steel, Stumbin

Caption: MANFAATKAN...Simoi (empat kanan) sedang menyampaikan reptilika cek kepada Steele (dua kiri) sambil diperhatikan oleh Rohana (tengah) semasa berlangsungnya penyerahan bantuan berkenaan dekat Sri Aman baru-baru ini.

SRI AMAN, Ahad (9 Ogos) – Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sarawak baru-baru ini telah tampil menyampaikan sumbangan bernilai RM35,000 kepada penghuni Rumah Steel anak Resa, Stumbin, Sri Aman apabila rumah panjang mereka musnah dijilat api menerusi kejadian kebakaran yang berlaku pada bulan Mac lepas.

Majlis penyampaian sumbangan terhadap mangsa kebakaran ini telah disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili, Hajah Simoi Haji Peri kepada Tuai Rumah Steel anak Resa sambil disaksikan oleh Pegawai Kebajikan Daerah Sri Aman iaitu Rohana Isnawi.

Simoi ketika dihubungi berkata sumbangan yang disampaikan kepada mangsa kebakaran ini bertujuan untuk membantu mangsa mendirikan semula rumah panjang mereka yang telah musnah dalam kebakaran sebelum ini.

Selain itu sumbangan terbabit menurut beliau juga bertujuan meringankan beban yang ditanggung oleh semua mangsa kebakaran yang tinggal sehelai sepinggang akibat musibah.

“Paling penting sekarang semua mangsa kebakaran dari Rumah Steel terus bersabar dan memulakan hidup baru masing-masing menerusi bantuan atau sumbangan yang mereka terima selama ini.

“Kerajaan sentiasa berdiri di belakang mereka. Justeru saya berharap agar penduduk rumah panjang dari kawasan daerah kecil Lingga mengambil ikthibar dari kejadian kebakaran ini untuk mempertingkat taraf keselamatan masing-masing di kediaman mereka,” menurut beliau.

Simoi juga turut menambah bahawa sumbangan ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) cukup prihatin dan mengambil berat terhadap masalah yang dihadapi oleh rakyat selama ini.

Hadir sama pada majlis penyerahan sumbangan tersebut ialah Ketua Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) N.23 Lingga, Kaunselor Mas Shamsiah Haji Maslem.

Tamat..


No comments:

Post a Comment