Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

12 August, 2009

Rentak tari politik yang menarik pacu pembangunan Batang Ai


ENGKILILI, Selasa (10 Ogos) - Rentak tari dan suasana perjalanan politik yang menjurus kepada kerjasama antara wakil rakyat di kawasan parlimen Lubok Antu selama ini telah memperlihatkan pertambahan arus pembangunan yang cukup pesat di kawasan itu.

Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau anak Badak berkata pertumbuhan pesat pembangunan di sini diperhebatkan lagi dengan kerjasama daripada dua orang wakil rakyatnya dalam kawasan parlimen mereka iaitu Dr Johnical Rayong Ngipa dan Malcom Mussen ak Lamoh

“Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Ai dan Ahli Parlimen Lubok Antu tidak sehaluan sebelum ini walaupun sama berada di bawah komponen parti yang sama iaitu Barisan Nasional (BN).

“Ianya secara tidak langsung menjejaskan proses pembangunan di Lubok Antu sehinggalah Malcom Mussen menjadi ADUN Batang Ai yang baru dan seterusnya bekerjasama dengan saya dan Dr Rayong (ADUN Engkilili),” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap dalam Majlis Pemimpin Bersama Rakyat anjuaran JASA bahagian N.28 Engkilili di rumah panjang Banta, Kubal Batu, Lidong di sini baru-baru ini.

Sementara itu katanya, gelombang pembangunan yang pesat membangun di negari ini bukan sahaja turut dinikmati oleh rakyat di bandar malah turut menular ke kawasan rakyat di luar bandar terutamanya mereka yang tinggal hulu sungai.

Beliau berkata, dasar yang sistematik dan kebijaksanaan para pemimpin yang dipilih untuk mentadbir negeri ini telah menyaksikan banyak pembangunan dilaksanakan untuk rakyat.

“Justeru kejayaan yang dikecapi pada hari hendaklah dijadikan pedoman untuk terus maju dan mencapai setiap apa yang telah direncanakan untuk kemajuan semua rakyat di negeri ini,” katanya.

Dalam majlis itu Nyalau telah mengumumkan peruntukkan bernilai RM10,000 kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Kubal Batu manakala RM3,000 lagi untuk biro wanita rumah panjang terbabit.

Hadir sama ialah Dr Johnical, Pegawai Penerangan Parlimen JASA P.203 Lubok Antu, Geoffery Baja anak Ricky Maba, Pembantu Luar Kanan JASA N. 28 Engkilili, Edwin anak Ancheh dan para ketua kaum dari daerah ini.

Tamat….

No comments:

Post a Comment