Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

05 August, 2009

PERSONALITI MINGGU INI


Hi guys,



Terlebih dahulu penulis selaku mewakili syarikat Utusan Sarawak cawangan Sri Aman ingin mengucapkan tahniah kepada saudara Edwin Raoh kerana telah di'nobatkan' sebagai Wartawan Sepenuh Masa bagi akhbar Utusan Borneo cawangan Sri Aman berkuatkuasa 4 Ogos lalu.

Edwin, 39, sebelum ini pernah berkhidmat untuk beberapa buah akhbar tempatan dalam negeri ini termasuk People's Mirror, Borneo Sun dan Utusan Sarawak sebelum berkhidmat sebagai penulis sampingan (stringer) untuk Utusan Borneo di Sri Aman.

Dengan perlantikkan ini, Utusan Borneo cawangan Sri Aman kini mempunyai seorang wartawan tetap (Edwin) dan seorang penulis sampingan iaitu Kelvin Lambai anak Jimmy Hansen yang kini bertugas di Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Bahagian Sri Aman.

Moga-moga perlantikkan beliau ini akan memacu lagi 'industri' berita di Sri Aman dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya ha ha ha.

NAMA : Edwin anak Raoh

ASAL: Rumah Jubang, Sebangki Panjai, Lubok Antu.

PEKERJAAN: Wartawan Utusan Borneo cawangan Sri Aman

LAIN-LAIN PEKERJAAN: Kontraktor. Nama syarikat: Line Clear.

E-MAIL: edwin_raoh@yahoo.com

BLOG: Dalam proses perlaksanaan.

FAVOURITE QUOTE: Terbeboloi, Pentegen, pembetollan, berdemonstrasi, wayarlis, sisten etc etc...



No comments:

Post a Comment