Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

05 August, 2009

Perpaduan menerusi 1Malaysia harus dijayakan - Simoi


Caption: SELAMAT DATANG...Simoi (kanan) berjabat tangan dengan salah seorang tetamu ketika tiba dalam hadir dalam majlis itu baru-baru ini.

SRI AMAN, Rabu – Aspek perpaduan memainkan amat penting bagi menyatupadukan semua berbilang kaum dalam negara ini kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Hajah Simoi binit Haji Peri.

Justeru kata beliau konsep 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak adalah merupakan satu agenda bagi membina sebuah negara berbilang kaum disamping mengutamakan kemajuan hidup penduduk di negara ini.

“Konsep 1Malaysia perlu bagi menyatupadukan seluruh penduduk berbilang kaum dalam negara ini memandangkan negara bergantung sepenuhnya kepada ikatan perpaduan ini bagi tujuan perlaksanakan projek pembangunan.

“Semua penduduk mempunyai peranan di bawah konsep ini. Ketepikan sikap diskrimasi di antara kaum demi menjayakan pembangunan negara di bawah konsep 1Malaysia,” katanya.

Simoi berkata demikian ketika berucap merasmikan “Luncheon Talk” Gagasan 1Malaysia anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Bahagian Sri Aman bertempat Dewan Suarah Sri Aman baru-baru ini.

Selain itu beliau juga menyeru semua penduduk berbilang kaum dalam daerah ini untuk terus menyokong kerajaan yang sedia demi menjamin kesejahteraan hidup mereka di masa akan datang.

“Penduduk Malaysia perlu berasa bertuah memandangkan mereka hidup dalam sebuah negara yang aman makmur dan utuh dari segi hubungan perpaduannya semenjak dari dahulu hingga sekarang.

“Justeru adalah amat penting bagi kita untuk terus menyokong Barisan Nasional (BN) demi menjayakan perlaksanaan pelbagai projek pembangunan di bawah konsep 1Malaysia,” katanya.

Tamat....

No comments:

Post a Comment