Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

05 August, 2009

Penduduk di kawasan Ran – Punggu – Lachau, Sri Aman mula nikmati RES


Mugshot: MASIR KUJAT

SRI AMAN, Rabu (5 Ogos) – Sekitar 2,000 penduduk dari rumah panjang dan rumah persendirian dalam kawasan Ran – Punggu – Lachau, Sri Aman telah menikmati kemudahan Bekalan Elektrik Luar Bandar (RES) bermula minggu lepas.

Ahli Parlimen Sri Aman, Masir anak Kujat ketika dihubungi berkata penduduk yang menerima kemudahan RES ini diantara mereka yang telah memasang meter elektrik di kediaman masing-masing sebelum ini.

“Bagaimanapun terdapat sesetengah kawasan yang belum lagi menerima bekalan elektrik dari kemudahan RES ini termasuk dari Rumah Randi, Lachau,” katanya sambil menambah bahawa ianya disebabkan oleh tindakan penduduk yang belum lagi memasang meter elektrik di kediaman masing-masing.

Kesemua penduduk dalam kawasan Ran – Punggu – Lachau jelas beliau akan menerima bekalan elektrik dari RES ini apabila proses pemasangan meter siap sepenuhnya menjelang bulan Oktober tahun ini.

Justeru Masir berharap agar penduduk yang telah menerima bekalan elektrik RES ini mengambil peluang untuk mempertingkatkan taraf hidup masing-masing menerusi penyediaan kemudahan bekalan tersebut.

“Harapan saya ialah projek RES ini nanti dapat mengubah taraf hidup mereka ke satu peringkat yang lebih tinggi daripada sekarang...tiada lagi pergantungan terhadap bekalan elektrik dari enjin janakuasa dengan adanya bekalan elektrik 24 jam ini kelak,” katanya.

Terdahulu projek perlaksanaan kemudahan RES Fasa I yang dilaksanakan oleh kerajaan menerusi syarikat Shorefield Sendirian Berhad di ketiga-tiga kawasan berkenaan telah menelan belanja sekitar RM5.7 juta.

Sekiranya projek perlaksaan kemudahaan RES Fasa I di kawasan terbabit sudah siap kelak, projek RES Fasa II dijangka menyusul menerusi penyediaan kemudahan bekalan elektrik terbabit dari Pekan Lachau @ Keranggas Gayau hingga ke kawasan Abok.

Tamat.

No comments:

Post a Comment