Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

17 August, 2009

Pelajar perlu tekun untuk berjaya - Rayong




Caption:
1.KENANGAN...Ring Labang (kiri) menyampaikan cenderamata kepada Rayong (kanan) sambil disaksikan oleh Kulok (kiri sekali) ketika berlangsungnya majlis baru-baru ini.

2.KAMI JUARA..Pasukan Rumah Wira merakamkan gambar kenang-kenangan selepas muncul juara pertandingan tarian Poco-Poco yang diadakan bersempena kejohanan terbabit.
special thanks to staff SK Engkilili No.2 for their news n pictures

ENGKILILI, Isnin (17 Ogos) – Para pelajar perlu menanam sifat ketekunan dalam diri masing-masing untuk mencapai tahap kecemerlangan akademik dan kokurikulum yang membanggakan kepada ibubapa dan masyarakat di sekeliling mereka.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili, Dr Johnnical Rayong anak Ngipa berkata demikian ketika berucap semasa Majlis Penangguhan Sukan Tahunan Antara Rumah-Rumah Sukan Sekolah Kebangsaan Engkilili No.2.

Sifat ketekunan dan kesungguhan itu katanya adalah amat penting demi membolehkan para pelajar mencapai cita-cita yang diimpikan oleh mereka selama ini menerusi hasil pencapaian cemerlang dalam bidang akademik.

“Cita-cita tak akan tercapai sekiranya para pelajar itu sendiri kurang memberi perhatian terhadap sesi pembelajaran dalam kelas masing-masing kerana mereka tidak bersungguh-sunggah serta kurang tekun terhadap pencapaian akademik diri sendiri.

“Para pelajar seharusnya menyedari akan betapa pentingnya pencapaian akademik dalam diri masing-masing kerana tanpa pendidikan mereka akan ketinggalan dalam menikmati kemajuan taraf hidup yang dinikmati oleh golongan berpendidikan tinggi yang lain,” katanya.

Selain itu kata Rayong pencapaian cemerlang akademik dikalangan para pelajar secara tidak langsung membolehkan kerajaan mencapai matlamat pembentukkan modal insan berminda kelas pertama di negara ini.

Rayong juga menasihatkan supaya melengkapkan diri dengan ilmu pendidikan dengan secukupnya sebagai modal untuk menghadapi cabaran zaman akan datang.

“Sehubungan itu diharapkan agar pendidikan cemerlang dapat menyediakan asas ke arah melahirkan modal insan yang lebih berkualiti demi memenuhi keperluan sektor pembangunan negara di masa akan datang,” katanya.

Rayong pada majlis tersebut mengumumkan peruntukkan berjumlah RM5,000 kepada Sekolah Kebangsaan Engkilili No.2. Dalam masa yang sama juga Rayong telah mengumumkan peruntukkan daripada Ahli Parlimen Lubok Antu, YB William Nyalau anak Badak bernilai RM5,000.

Hadir sama ialah Yang Dipertua Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) SK Engkilili No.2, Ring Labang, Guru Besar SK Engkilili No.2, Encik Kulok, Pembantu Luar Kanan JASA N.28 Engkilili, Edwin anak Ancheh dan Pembantu Khas Ahli Parlimen P.202 Lubok Antu, Zaini.

Terdahulu pasukan Rumah Waja muncul juara Sukan Tahunan Antara Rumah-Rumah Sukan Sekolah Kebangsaan Engkilili No.2. Kedudukan naib juara disandang oleh Pasukan Rumah Wira manakala tempat ke-3 pula disandang oleh Rumah Perdana.

Sukan Tahunan Antara Rumah-Rumah Sukan Sekolah Kebangsaan Engkilili No.2 ini juga turut diserikan dengan pertandingan poco-poco yang telah dimenangi oleh pasukan Rumah Wira.

Tamat.

No comments:

Post a Comment