Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

07 August, 2009

Mini Karnival ‘WOW’ di SK Agama Sri Aman pada 15 hingga 16 Ogos ini

Mugshot: ROSLAN ALI

SRI AMAN, Jumaat (7 Ogos) – Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad atau Bank Rakyat cawangan Sri Aman akan menganjurkan Mini Karnival ‘WOW’ bertempat Sekolah Kebangsaan (SK) Agama Sri Aman bermula 15 hingga 16 Ogos ini.

Pengurusnya, Roslan bin Ali ketika dihubungi berkata Mini Karnival ‘WOW’ anjuran Bank Rakyat di SK Agama Sri Aman ini akan bermula dari jam 8 pagi hingga 6 petang pada kedua-dua tarikh yang dinyatakan.

“Tujuan utama Mini Karnival ‘WOW’ ini diadakan adalah untuk mendekatkan Bank Rakyat cawangan Sri Aman terhadap para pelanggan setianya dan orang ramai dari sekitar bandar ini.

“Dengan adanya Mini Karnival ‘WOW’ ini, pihak kita secara tidak langsung dapat mempromosi pelbagai jenis khidmat yang disediakan oleh Bank Rakyat kepada orang ramai yang hadir pada program itu nanti,” katanya.

Ketika berlangsungnya hari pertama Mini Karnival ‘WOW’ ini nanti, pihaknya menurut Roslan akan mengadakan pelbagai acara menarik antaranya ialah Pertandingan Pentanque antara jabatan kerajaan dan sekolah, gerai jualan, pameran, sukaneka anjuran SK Agama, pertandingan bola sepak, pertunjukkan bunga api dan wayang gambar.

Manakala pada penganjuran hari ke-2 pula, pihak Bank Rakyat akan mengadakan majlis minum pagi bersama VIP, pertandingan akhir Petanque, gerai jualan, pameran, pertandingan mewarna, pertandingan mencipta pantun bagi PIBG dan guru, makan tengahari bersama VIP, persembangan salingan dan penyampaian hadiah.

“Kesemua program yang bakal diselitkan dalam Mini Karnival ‘WOW’ Bank Rakyat ini nanti sudah pastinya dapat memeriahkan suasana penganjuran majlis pada 15 hingga 16 Ogos kelak.

“Justeru pihak kami mempelawa orang ramai dari sekitar bandar ini untuk hadir beramai-ramai ke SK Agama Sri Aman demi memeriahkan suasana sambutan majlis bermula 15 hingga 16 Ogos nanti,” katanya.

Tamat.

No comments:

Post a Comment