Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

06 August, 2009

Mabuk membawa padah (kena tumbuk daaa)

SRI AMAN, Khamis (6 Ogos) – Seorang lelaki berusia lingkungan 30 tahun cedera ringan di kawasan muka dan kepalanya setelah dibelasah oleh beberapa orang lelaki di kawasan penganjuran Pesta Ria Sri Aman malam hari Selasa lalu.

Menurut sumber kejadian terbabit dpercayai bermula apabila lelaki tersebut bertindak membaling tin minuman keras ke arah pentas nyanyian ketika berlangsungnya Pesta Ria sekitar jam 10.30 malam hari tersebut.

“Sebelum berlakunya kejadian mangsa bersama beberapa orang rakannya sedang meminum minuman keras di kawasan meja berhampiran dengan sebuah pentas untuk menyaksikan persembahan nyanyian oleh seorang artis rakaman tempatan di negeri ini.

“Mangsa yang dipercayai sedang berada dalam keadaan pengaruh alkohol kemudian bertindak membaling tin minuman keras ke arah pentas terbabit tanpa sebab yang diketahui,” kata sumber.

Disebabkan oleh tindakan tersebut, mangsa kemudiannya didatangi oleh beberapa orang lelaki yang seterusnya menumbuk mangsa berkenaan gara-gara tidak berpuashati melihat tindakannya yang membaling tin minuman keras ke atas pentas tersebut.

Pergelutan selama beberapa minit ini kemudiannya kata sumber telah berjaya dileraikan oleh beberapa orang pengunjung pesta yang lain.

“Mangsa yang mengalami kecederaan ringan di mulut, belakang kepala dan kening kemudiannya dibawa keluar oleh beberapa orang rakannya dari kawasan penganjuran tapak Pesta Ria itu.

“Kejadian tersebut menyebabkan para pengunjung pesta yang lain tergamam kerana kejadian pergaduhan berlaku dihadapan mereka ketika menonton persembahan nyanyian artis rakaman Iban popular pada waktu itu,” kata sumber lagi.

Tamat.

No comments:

Post a Comment