Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

17 August, 2009

Lima nyawa selamat dari eksiden di Wong Padong

Caption: MALANG...Seorang lelaki sedang cuba menunda kenderaan milik mangsa yang terbabas di kawasan Wong Padong lewat petang kelmarin.

original pix n source by Zulia Haji Jemat

SRI AMAN, Isnin (17 Ogos) – Tuah menyebelahi nasib seorang bapa bersama tiga orang anaknya yang tidak mengalami sebarang kecederaan walaupun kenderaan jenis Perodua Kenari yang dipandu olehnya terbabas ke kawasan longkang di Kilometer 22, Jalan Sri Aman – Betong sekitar jam 6 petang kelmarin.

Sumber dari tempat kejadian memberitahu bahawa kemalangan terbabit berlaku apabila si bapa yang turut disertai oleh rakan lelakinya itu sedang mengekori sebuah kenderaan dari arah belakang ketika dalam perjalanan menuju ke arah Betong dari Sri Aman.

“Ketika di tiba di selekoh kawasan Wong Padong (kilometer 22), kereta yang dipandu oleh mangsa bersama anak-anak dan rakannya itu tiba-tiba hilang kawalan dan terus berpusing.

“Kenderaan yang dipandu oleh mangsa kemudiannya terbabas ke kawasan parit yang berdekatan sebelum orang ramai datang membantu mengeluarkan mereka dari dalam kenderaan terbabit,” kata sumber.

Pihak ambulan kemudiannya kata sumber tiba di tempat kejadian dan membawa kesemua mangsa kemalangan tersebut ke Hospital Bahagian Sri Aman bagi tujuan rawatan lanjut oleh pihak hospital.

Si bapa melahirkan rasa syukur memandangkan kemalangan di kawasan ‘panas’ tersebut tidak mendatangkan kecederaan kepada semua mereka terutama sekali terhadap tiga orangnya yang masih kecil.

Tamat.


No comments:

Post a Comment