Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

12 August, 2009

Lawatan 1Malaysia oleh jiranita KRT Kampung Hilir ke PDK Sri Aman


Caption: UNTUK ALBUM...Mas Shamsiah (tengah kanan) dan Lina (tengah kiri) bersama ahli jiranita, kakitangan PDK dan para penerima sumbangan bergambar kenangan ketika berlangsungnya program lawatan tersebut semalam.

SRI AMAN, Rabu (12 Ogos) – Seramai 56 orang kanak-kanak istimewa dari sekitar bandar ini menerima sumbangan berupa makanan daripada Jiranita Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Hilir.

Kesemua kanak-kanak istimewa ini telah menerima sumbangan terbabit ketika Jiranita KRT Kampung Hilir mengadakan Program Lawatan Mesra 1Malaysia ke Pusat Pemulihan Dalam Kominiti (PDK) Sri Aman pagi kelmarin.

Timbalan Pengerusi Jiranita KRT Kampung Hilir, Kanselor Mas Shamshiah Haji Maslem ketika ditemui kelmarin menjelaskan bahawa lawatan ini bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan di antara ahli Jiranita KRT Kampung Hilir dengan ibubapa kepada kanak-kanak istimewa berkenaan.

“Lawatan ini juga sekaligus membolehkan 12 orang ahli jiranita yang turut serta dalam program ini untuk mengetahui lebih lanjut tentang cara PDK Sri Aman mengendalikan operasi mereka di bandar ini.

“Justeru diharapkan agar semua ahli Jiranita KRT Kampung Hilir yang mengambil bahagian dalam program lawatan ini dapat memanfaatkan pengalaman berharga tersebut selepas ini,” katanya.

Terdahulu Pengerusi PDK Sri Aman, Lina Andom menerusi ucapannya pada program tersebut merakamkan penghargaan terima kasih terhadap keprihatinan Jiranita KRT Kampung Hilir dalam memberikan sokongan moral serta sokongan terhadap kanak-kanak istimewa di bandar ini.

Beliau mahu lain-lain persatuan dan pertubuhan di bandar ini agar mencontohi langkah pihak Jiranita KRT Kampung Hilir dalam melaksanakan pelbagai aktiviti kebajikan terhdap masyarakat dari masa ke semasa.

Hadir sama dalam Program Lawatan Mesra 1Malaysia ke Pusat Pemulihan Dalam Kominiti Sri Aman ini ialah Bendahari Jiranita KRT Kampung Hilir ini ialah Mas Mashore Haji Maslem.

Tamat.






No comments:

Post a Comment