Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

16 August, 2009

LAFA FC juara kejohanan bola YB Nyalau


Caption: SYABAS…Nyallau dan Dr Rayong (tengah) bergambar kenang-kenangan dengan pemain LAFA FC serta Komuniti Jawatankuasa Penganjur, sebaik sahaja selesai pertandingan akhir, baru-baru ini.

- 16 Ogos


Pasukan LAFA FC mencatat sejarahnya yang tersendiri apabila muncul sebagai juara Kejohanan Bola Sepak Piala Yang Berhormat William Nyallau di Padang Majlis Daerah Lubok Antu (MDLA) Engkilili, Sri Aman pada petang Jumaat lalu.

Pasukan pimpinan Paul anak Langgang menggenggam kejuaraan terbabit setelah berjaya menumpaskan pasukan lawan iaitu Ngali XI United menerusi jaringan gol 2-1 pada perlawanan akhir tersebut.

Dengan kemenangan ini pasukan LAFA FC telah menerima piala pusingan, piala iringan, pingat serta wang tunai berjumlah RM500 menerusi majlis yang disempurnakan oleh Ahli Parlimen Lubok Antu iaitu William Nyalau anak Badak.

Manakala itu Ngali XI United selaku naib juara kejohanan tersebut telah membawa pulang hadiah berupa wang tunai bernilaiRM350 beserta dengan piala serta pingat. Pemenang tempat ke-3 iaitu pasukan Bukit Jalil United berjaya membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM300.

Lima buah pasukan yang turut serta dalam kejohanan ini Lemanak, LADM FC, Royal FC, Hua Chian Enterprise dan IPD Lubok Antu pula masing-masing menerima hadiah wang saguhati bernilai RM200.

Kejohanan Bola Sepak Piala YB William Nyallau anjuran Persatuan Tuai-Tuai Rumah Dearah Kecil Engkilili yang diadakan secara sistem liga ini merupakan julungkalinya diadakan di daerah Lubok Antu.

Turut hadir bagi menyaksikan kejohanan itu ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili, Dr Johnical Rayong anak Ngipa dan Pengerusi Persatuan Tuai-Tuai Rumah Daerah Kecil Engkilili iaitu Tuai Rumah Kanselor Roy Edward Entalai.

Terdahulu pasukan Bukit Jalil FC menang bergaya apabila berjaya menewaskan pasukan PDRM Engkilili menerusi jaringan gol 6-1 pada majlis perlawanan pembukaan kejohanan berkenaan sebelum ini.

Tamat...

No comments:

Post a Comment