Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

09 August, 2009

Kumpulan Double SE juara Pertandingan Akhir Battle Of The Band Kategori Bebas 2009 !




Caption:

1.UNTUK ALBUM...Beberapa buah kumpulan bergambar kenangan sebelum bermulanya saingan pertandingan tersebut malam semalam. Foto:ZULIA HAJI JEMAT

2.MANTAP...Sang juara, Double SE sedang mempamerkan persembahan nyanyian mereka ketika berlangsungnya pertandingan itu malam semalam. Foto:ZULIA HAJI JEMAT

SRI AMAN, Ahad (9 Ogos) – Kumpulan Double SE dari Betong telah dinobatkan sebagai juara Pertandingan Akhir Battle Of The Band Kategori Bebas 2009 yang berlangsung di Pentas Pesta Ria Sri Aman 2009 malam tadi.

Double SE muncul sebagai juara setelah kombinasi persembahan nyanyian dan muzik yang mantap daripada kumpulan tersebut menyakinkan para juri iaitu Mohd Hadi dan Izam untuk memberikan kemenangan terhadap mereka dalam pertandingan itu.

Dengan kemenangan itu kumpulan Double SE telah berjaya membawa pulang hadiah berupa wang tunai berjumlah RM500 beserta dengan sebuah piala kejuaraan dan sijil penyertaan untuk setiap anggota.

Sementara itu kedudukan naib juara dan tempat ke-3 bagi pertandingan ini masing-masing didominasi oleh kumpulan kugiran dari bandar Sri Aman iaitu Empty Head dan Daliner’z.

Kumpulan Empty Head dan Daliner’z menerusi Pertandingan Akhir Battle Of The Band Kategori Bebas 2009 ini masing-masing membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM300 dan RM150 beserta dengan piala iringan dan sijil untuk setiap seorang.

Lima buah kumpulan yang meraih hadiah saguhati dalam Pertandingan Akhir Battle Of The Band Kategori Bebas 2009 ini ialah The Emergancy Band, Bujang Senang, Horse 88, Inspirasi dan Snaz Band.

Hadiah kemenangan dan saguhati bagi penganjuran Pertandingan Battle Of The Band Kategori Bebas 2009 ini akan disampaikan kepada kumpulan yang berjaya menerusi sebuah majlis rasmi ketika berlangsungnya penutupan Pesta Ria Sri Aman pada 16 Ogos ini.

Terdahulu sejumlah 10 buah kumpulan mengambil bahagian dalam Pertandingan Akhir Battle Of The Band Kategori Bebas 2009 anjuran Pesta Ria Sri Aman dengan kerjasama syarikat Rock Steady Event Management bermula 6 Ogos lalu.

Menerusi pertandingan peringkat saringan pada 7 Ogos lalu, kumpulan Double SE, Empty Head, Daliner’z, The Emergancy Band, Bujang Senang, Horse 88, Inspirasi dan Snaz Band berjaya melayakkan diri ke pertandingan peringkat akhir.

Tamat.



No comments:

Post a Comment