Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

10 August, 2009

Krisis kemarau di Sri Aman: Tiga kawasan terjejas

SRI AMAN, Isnin (10 Ogos) – Penduduk dari beberapa buah kawasan dalam daerah Sri Aman telah terjejas ekoran berlakunya masalah kekurangan bekalan air semenjak seminggu yang lalu.

Jurucakap dari Bilik Gerakan Bencana Bahagian Sri Aman ketika dihubungi berkata antara kawasan yang mengalami masalah kekurangan bekalan air setakat ini adalah Lingga, Pantu dan Stumbin.

“Pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) Sri Aman kini sudah pun bertindak menghantar bekalan air ke ketiga-tiga kawasan ini berdasarkan permintaan daripada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat yang menerima aduan penduduk dari kawasan yang terjejas ekoran masalah itu sebelum ini.

“Bekalan air juga turut dihantar ke beberapa buah sekolah dalam daerah ini antaranya Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chuang Hua di Pantu, SJK Chung Hua di Bakong dan beberapa buah sekolah yang lain,” katanya.

Bagi hari ini pula, pihak JKR Bahagian Sri Aman telah bertindak menghantar bekalan air kepada penduduk di kawasan Lachau, Bakong Ai di Lingga, Punggu Tengah di Pantu, Pangkalan Pantu dan Rapak.

“Pihak JKR akan terus menghantar bekalan air kepada penduduk di kawasan yang terjejas sekurang-kurangnya dua kali sehari bergantung kepada arahan yang diterima oleh mereka untuk berbuat demikian,” katanya.

Justeru orang ramai diminta untuk menghubungi Bilik Gerakan Bencana Bahagian Sri Aman di tingkat dua, Pejabat Residen Sri Aman menerusi talian 083-323366 atau 083-323377 dan juga talian fax 083-320568.

“Disamping masalah kekurangan air, orang ramai di Bahagian Sri Aman juga boleh melaporkan hal pembakaran terbuka dan lain-lain masalah bencana di kawasan masing-masing,” katanya.

Tamat.

No comments:

Post a Comment