Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

16 August, 2009

Kerajaan tak laksana projek yang tak menguntungkan penduduk - Nyalau


Caption: IKHLAS…Nyalau (kiri sekali) menerima saguhati daripada Tr Ragai dalam majlis itu Sambil disaksikan Dr Rayong (tengah) ketika berlangsungnya majlis baru-baru ini.

ENGKILILI, Ahad (16 Ogos) – Kerajaan tidak akan melaksanakan sesuatu projek pembangunan yang tampak begitu jelas sekali tidak akan mendatangkan sebarang keuntungan serta faedah kepada penduduk tempatan dalam negeri ini demikian menurut Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau anak Badak.

Kerajaan sebaliknya menurut beliau lebih memberi fokus terhadap perlaksanaan projek pembangunan yang mampu memberikan impak positif secara menyeluruh terhadap penduduk di sesebuah kawasan berkenaan.

“Kita (Kerajaan) terlebih dahulu akan mengkaji impak perlaksanaan sesebuah projek pembangunan itu untuk penduduk dalam sesebuah kawasan sama ada ia memberikan kebaikan secara menyeluruh atau tidak.

“Lihat sahaja projek Koridor Tenaga Boleh Diperbaharui (SCORE). Projek yang dilaksanakan secara sistematik dan menerusi penyelidikan terperinci itu bakal menyediakan 2.5 juta kerja kepada penduduk di sini (Sarawak)...impak sebeginilah yang kita mahu sebelum melaksanakan projek pembangunan,” menurut beliau.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di rumah panjang Ragai, Aur Bangat, Engkilili anjuran JKKK Ragai dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Sarawak, Engkilili baru-baru ini.

Sementara itu, Nyalau juga menasihatkan penduduk terutamanya mereka yang berada di kawasan luar bandar dalam kawasan ini agar sentiasa bersabar untuk menikmati faedah daripada perlaksanaan sesuatu projek pembangunan.

“Kerajaan sentiasa prihatin terhadap kebajikan hidup anda (penduduk). Paling penting sekarang ialah mereka ini terus memberikan sokongan terhadap Barisan Nasional (BN) dari masa ke semasa,” katanya.

Nyalau menerusi majlis itu mengumumkan peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) sebanyak RM5,000 kepada Biro Wanita JKKK Ragai. Peruntukan MRP bernilai RM10,000 buat JKKK Ragai telah diberikan sebelum ini.

Beliau juga bersedia untuk memperuntukkan sebanyak RM200,000 bagi menaiktaraf jalan kampung bermula daripada simpang jalan utama Sri Aman – Sibu yang menuju masuk ke rumah panjang terbabit

Hadir sama ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili Dr Johnical Rayong anak Ngipa, Pegawai Penerangan Parlimen JASA P.203 Lubok Antu, Geoffery Baja anak Ricky Maba dan Pembantu Luar Kanan JASA N.28 Engkilili, Edwin anak Ancheh.

Tamat....

No comments:

Post a Comment