Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

12 August, 2009

Guru nyaris maut, kereta masuk longkang + terbalik

SRI AMAN, Selasa (11 Ogos) – Seorang guru nyaris maut apabila kenderaan yang dipandu olehnya terbabas dan seterusnya terbalik dalam kejadian kemalangan yang berlaku di kilometer 43, Jalan Sri Aman / Betong sekitar jam 8 pagi hari ini.

Menurut Penolong Pegawai Penyiasat Trafik, Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Lubok Antu, Sarjan Mohammad Fadil ketika dihubungi berkata mangsa sedang dalam perjalanan memandu ke sekolah dari arah Sri Aman sebelum kejadian itu.

Bagaimanapun ketika menghadiri kawasan Sedarat, Engkilili, kenderaan Toyota Vios yang dipandu oleh mangsa tiba-tiba terbabas dan seterusnya terbalik di tepi jalan berhampiran kawasan berkenaan.

“Hasil siasatan awal oleh pihak kami menunjukkan bahawa keadaan jalan yang licin menjadi punca kepada berlakunya kejadian kemalangan di kawasan Sedarat pada awal pagi hari ini.

“Mangsa dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan serius berhubung kejadian kemalangan ini,” katanya.

Bagaimanapun mangsa menurut beliau terpaksa dirujuk ke Hospital Umum Sarawak bagi tujuan rawatan lanjut apabila mengadu mengalami kesan gegaran di dalam kepala berhubung kejadian kemalangan berkenaan.

Tamat.

No comments:

Post a Comment