Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

05 August, 2009

Dialog Bersama YB di Mupit, Pantu pada 8 Ogos ini.

SRI AMAN, Rabu – Persatuan Ketua-Ketua Masyarakat Iban Bahagian Sri Aman akan menganjurkan Majlis Dialog bersama Ahli Yang Berhormat bertempat di Rumah Winston Mupit, dalam daerah kecil Pantu, Sri Aman pada 8 Ogos ini.
Menurut kenyataan media dari persatuan berkenaan semalam, majlis ini bertujuan untuk membolehkan rakyat dari sekitar kawasan Pantu untuk bertemu dengan lebih rapat para wakil rakyat mereka pada tarikh itu nanti.
“Majlis Dialog bersama Ahli Yang Berhormat ini secara tidak langsung membolehkan para rakyat di kawasan Pantu dan sekitarnya untuk mengutarakan masalah masing-masing kepada para wakil rakyat yang bakal hadir pada majlis itu nanti.
“Malahan majlis ini juga akan membolehkan rakyat memahami dengan lebih baik segala dasar pembangunan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang akan disampaikan oleh para wakil rakyat mengikut kawasan tadbir masing-masing,” katanya.
Justeru Persatuan Ketua-Ketua Masyarakat Iban Bahagian Sri Aman menjemput semua rakyat dari kawasan daerah kecil Pantu dan yang berdekatan untuk menghadiri majlis tersebut pada hari Sabtu ini.
Majlis Dialog bersama Ahli Yang Berhormat bertempat di Rumah Winston Mupit, Pantu ini akan dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Begunan, Mong Dagang pada jam 9 pagi. Tamat...

No comments:

Post a Comment