Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

13 August, 2009

Dewan Perniagaan Cina Saratok dan Ketua Kaum Cina Saratok ambil inisiatif atasi kemarau


Mugshot: TAN YOK NGEE

SARATOK, Khamis (13 Ogos) – Masalah kemarau yang teruk ternyata menjejaskan keperluan air penduduk di daerah Saratok terutamanya mereka yang mendiami kawasan bandar di situ semenjak lapan hari lepas.

Keadaan ini telah memaksa penduduk dari kawasan bandar berkenaan memenuhi kawasan Sungai Sebetan, Sungai Krian dan Sungai Kawit bagi tujuan mandi, mencuci pakaian dan mendapatkan bekalan air tambahan di situ pada waktu awal pagi dan lewat petang.

Bagaimanapun Dewan Perniagaan Cina Bahagian Saratok dengan kerjasama Ketua Kaum Cina Saratok telah mengambil inisiatif untuk membantu 615 buah keluarga kaum Cina di bandar itu dengan membekalkan kupon bagi mendapatkan sebanyak 45 liter air sehari untuk satu keluarga.

Penghulu Tan Yok Ngee ketika ditemui berkata agihan kupon kepada 615 buah keluarga kaum Cina di bandar Saratok ini telah bermula semenjak 10 Ogos lalu hasil idea dan sumbangan seorang peniaga tempatan iaitu Lim Guan Han.

“Disamping bantuan bekalan air dari kerajaan, Lim menerusi Dewan Perniagaan Cina Bahagian Saratok dengan kerjasama Ketua Kaum Cina Saratok telah memperuntukkan sejumlah 10,000 liter air sehari yang seterusnya diagihkan dengan menggunakan kupon terhadap 615 keluarga Cina di sini.

“Kesemua 10,000 liter air ini diagihkan kepada kesemua keluarga berkenaan di mana bekalan air itu akan dihantar ke kawasan Taman Ratus Melati dan kawasan berdekatan premis Sugar Bun, Saratok bagi tujuan terbabit,” katanya.

Bagaimanapun agihan bekalan air hasil usaha Dewan Perniagaan Cina Bahagian Saratok dengan kerjasama Ketua Kaum Cina Saratok kepada 615 buah keluarga kaum Cina ini menurut beliau hanyalah bagi tujuan memasak dan minum sahaja.

“Kesemua 615 buah keluarga kaum Cina ini akan mandi di sungai yang berhampiran. Mereka tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada agihan 45 liter bekalan air sehari bagi tujuan tersebut,” menurut beliau.

Bagaimanapun Ngee yang bertanggungjawab menjaga 1,955 penduduk dalam kawasannya merakamnkan penghargaan terhadap pihak Jabatan Kerja Raya Saratok Saratok, Angkatan Tentera Malaysia dan syarikat berkaitan di atas usaha mereka untuk menghantar bekalan air kepada penduduk yang memerlukan.

Tamat…..


No comments:

Post a Comment