Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

16 August, 2009

Bincang tujuan duit tabung, jangan gado..- Harden


Caption: TAHNIAH...Harden (tiga kanan) menyampaikan wang insentif kepada seorang wakil penerima sambil disaksikan oleh Pengerusi JKKK Taman Gamang iaitu Boniface Andil (empat kanan) di sini malam tadi.

SRI AMAN, Ahad (16 Ogos) – Para ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) terutamanya dari kawasan perumahan di bandar ini perlu diterangkan mengenai fungsi kegunaan tabung wang milik jawatankuasa masing-masing demi mengelakkan berlakunya salah faham di kalangan ahli.

Menteri Muda Kemajuan Tanah, Datuk Francis Harden anak Hollis berkata perkara ini harus dilakukan dengan mengadakan perbincangan bersama semua ahli dari masa ke semasa dengan menjelaskan tujuan sebenar pengunaan duit tabung JKKK masing-masing.

“Jika perkara ini tidak dilakukan segera maka akan timbul kepincangan dikalangan ahli dalam JKKK. Akhirnya wakil rakyat (termasuk beliau) di sini akan ‘pening kepala’ gara-gara disebabkan oleh masalah tersebut,” katanya.

Harden yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Makan Malam JKKK Taman Gamang sempena Upacara “Kejayaanmu Dikenang” di sebuah restoran tempatan dalam bandar ini malam tadi.

Selian itu itu beliau juga menasihatkan semua JKKK untuk menyumbang wang insentif kepada anak-anak mereka yang telah berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam pelajaran sebagai satu suntikan semangat untuk mereka bagi lebih maju di masa akan datang.

“JKKK Taman Gamang melakukan tindakan yang betul dengan memberi wang insentif kepada anak warga JKKK yang berjaya mencapai keputusan cemerlang dalam bidang akademik.

“Saya percaya JKKK yang lain juga ada berbuat demikian. Justeru saya berharap agar semua JKKK dalam daerah ini untuk terus menyuntik semangat anak-anak dengan memberi insentif ini kepada mereka dari masa ke semasa,” katanya.

Dalam majlis itu Harden telah mengumumkan duit peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) bernilai RM3,000 kepada JKKK Taman Gamang.

Tamat….

No comments:

Post a Comment