Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

09 August, 2009

Batang Ai tempa sejarah - Jeti dan 3 kemudahan pelancongan sudah siap


Caption: MENARIK...Jeti terpanjang di Lubok Antu bakal menarik lebih ramai berkunjung ke tasik Empangan Hidro Batang Ai selepas ini.

LUBOK ANTU, Ahad (9 Ogos) – Kawasan Batang Ai, Lubok Antu telah menempa sejarah baru dengan terbinanya jeti terpanjang di Tasik Empangan Hidro Batang Ai semenjak dua minggu lepas.

Menerusi peruntukkan RM1 juta yang disalurkan oleh Kementerian Pelancongan Malaysia sebelum ini, jeti yang dibina dengan menggunakan kayu Tebelian ini mempunyai ukuran sepanjang 150 meter.

Malahan turut siap dibina menerusi peruntukkan RM1 juta ini adalah Pentas Berbumbung Untuk Kegunaan Tetamu Kehormat (VIP), Pavilion dan Pengkalan Pelabuhan Jet Ski di kawasan Empangan Hidroelektrik Batang Ai Lubok Antu terbabit.

Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau anak Badak ketika ditemui berkata pembinaan jeti dan lain-lain kemudahan di situ secara tidak langsung dapat meraih kedatangan lebih ramai pengunjung dari kawasan dalam dan luar negara ke Tasik Empangan Batang Ai, Lubok Antu.

“Ia juga membolehkan para pengunjung menyaksikan pelbagai acara sukan air yang bakal diadakan di kawasan tasik Empangan Hidroelektrik Batang Ai Lubok Antu nanti,” menurut beliau.

“Justeru dengan siapnya empat kemudahan pelancongan terbabit saya pasti penganjuran Pesta Batang Ai pada masa akan datang akan menjadi lebih berprestij,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Nyalau juga menambah bahawa penyediaan kemudahan ini dapat meransang pertumbuhan sektor pelancongan dan ekonomi di kawasan Batang Ai, dalam daerah Lubok Antu di masa akan datang.

“Dengan kata lain penduduk di kawasan Lubok Antu bakal menerima manfaat hasil daripada projek pembinaan Kemudahan Pelancongan Sukan Air dan Rekreasi Tasik Empangan Hidroelektrik Batang Ai tersebut,” katanya.

Syarikat Pet Rocks Malaysia telah dipertanggungjawabkan untuk melaksana kerja pembinaan kemudahan pelancongan terbabit telah diberikan tempoh selama lima bulan untuk menyiapkan kerja itu.

Tamat....

No comments:

Post a Comment